JellyPages.com

Monday, February 3, 2014

miss you..

Gonna miss someone?? Yeah, selalu jadi kan kat diri kita. Bila seseorang tu ada depan mata kita tak pernah pun nak hargai. Tapi, bila dia dah tak ada mesti kita akan ingat dia. Macam tu la yang aku rasa... tak sangka pejam celik dah 7 tahun masa berlalu..

Masa diorang semua ada, aku rasa macam biasa je. Tak kisah pun... Tapi lepas masing2 bawa haluan hidup sendiri baru terasa kehilangan. Em, mungkin betul kata orang, bila dekat hati rasa jauh.. tapi bila jauh hati rasa dekat.. bila dikenang, rasa macam baru semalam kami lepak sama2, kongsi gelak tawa.. Susah senang sama2..Dalam sedar atau tidak, sebenarnya diorang selalu concern dengan aku. Tapi masa tu aku tak peduli sangat pun. Ego tinggi kot.. sekarang dah terpisah, baru la nak perasan. Agaknya sebab tu sekarang aku selalu beware nak buat sesuatu. Dulu main redah je nak buat apa pun, sekarang fikir banyak kali.. Teringat masa sekolah, kalau buat muka seposen mesti diorang risau.. belum lagi kali seorang ada masalah.. mesti kena brain wash dengan member..  Indahnya bila ada orang selalu ingatkan kesalahan kita. 

Tapi sekarang masa dah berubah. Masing2 dah sibuk dengan kerjaya termasuk la aku. Tapi kenangan tu yang buat aku bangun dari kesilapan dulu. Orang kata perkara yang lepas jangan dikenang. Sekali ia berlalu, jangan dipandang lagi. Tapi, aku tak.. Perkara yang lalu aku akan ingat supaya jadi pengalaman yang akan jadi cikgu pembangkit semangat. Rindu?? Mestila... kalau ada pari2 datang tanya wish aku, mesti aku jawab nak balik zaman sekolah dulu. hehehe.. "Love always make me strong".. love disini bukan couple.. but love as best friends. Sahabat yang tak ada galang gantinya.. yang terbaik pernah aku ada. 

"When You're Gone"

I always needed time on my own
I never thought I'd need you there when I cry
And the days feel like years when I'm alone
And the bed where you lie
Is made up on your side

[Pre-chorus:]
When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

[Chorus:]
When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
The words I need to hear to always get me through the day
And make it OK
I miss you

I've never felt this way before
Everything that I do reminds me of you
And the clothes you left, they lie on the floor
And they smell just like you,
I love the things that you do

[Pre-chorus]

[Chorus]

We were made for each other
Out here forever
I know we were, yeah, yeah
All I ever wanted was for you to know
Everything I do, I give my heart and soul
I can hardly breathe, I need to feel you here with me, yeah

[Chorus:]
When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
The words I need to hear will always get me through the day
And make it OK
I miss you


Sunday, September 15, 2013

KEUNIKAN CAP JARI

Cap jari adalah salah satu bahan bukti yang sangat berguna dalam bidang penyiasatan forensik. Ini kerana cap jari manusia adalah unik dan tidak akan ada persamaan dengan orang lain. Tidak seperti DNA yang mempunyai persamaan dengan kembarnya, cap jari seseorang itu hanya ada satu dalam berjuta-juta manusia dan tidak akan ada persamaan dengan yang lain. Ianya sesuatu yang sangat unik dan indah hasil ciptaan dari Yang Maha Esa.. 

Firman Allah di dalam surah Al-Qiyamah, ayat 3&4: 
qiyamah 3-4, ayat yang menceritakan cap jari manusia
"Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain)". (Al-Qiyamaah, 3-4)

Betapa hebatnya Allah menciptakan jari manusia sehinggakan tiada satu pun cap jari yang sama di dunia ini. Bukti berkenaan cap jari ini telah termaktub di dalam Al-Quran, namun rahsia keunikan ini hanya dapat dirungkaikan selepas 1000 tahun turunnya Al-Quran. Bermula pada tahun 1880 sehingga kini, cap jari telah dispesifikasikan sebagai pengenalan identiti individu secara saintifik terutama sekali dalam menyelesaikan kes-kes jenayah. 

Subhanallah...Maha Suci Allah..

Selamat Hari Malaysia

Happy Malaysia Day to all Malaysian!!!

Hari ini merupakan tarikh keramat bersempena dengan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Pada tarikh inilah persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah digabungkan di bawah satu payung negara yang dinamakan MALAYSIA.

Berikut merupakan kronologi penubuhan Malaysia:

TARIKH
PERISTIWA
27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik
23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.
Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah
18-20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak
6-7 Januari 1962
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur
17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.
9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia
(sumber: Portal Rasmi Arkib Negara)

Walau bagaimanapun, Singapura telah disingkirakan dari gagasan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Maka pada hari ini, tarikh penubuhan Malaysia hanya diraikan di persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung), Sabah dan Sarawak. 

Tuesday, July 16, 2013

Dini hari..

Salam Ramadhan Al-Mubarak...

alhamdulillah, dah masuk hari yang kelapan kita berpuasa. Sedar tak sedar kejap je masa tu berlalu. Harapnya Ramadhan kali ini dapat diisi dengan amalan2 yang barakah. Insyaallah...semoga Allah menunjukkan petunjuk dan hidayah buat kita semua. Mudah-mudahan Allah membantu kita dalam meniti jalan yang penuh berliku.

Tahun ni aku menyambut ramadhan bersama sample2 di lab. Menghabiskan masa yang ada dengan jurnal dan analisis selagi mampu.. tak terdaya rasanya nak balik rumah.. Sunyi tanpa ayahanda di sisi.. dah 6 tahun dia pergi menghadap ilahi.. rindu rasanya nak berbuka sama2 macam dulu. Tapi Allah lebih menyayangi dia.. Smoga Allah sentiasa merahmati rohnya dan ditempatkan dikalangan hamba yang beriman.. Amin.. Al-Fatihah.. Kadang2 rasa bersalah kat emak sebab xbalik buka puasa sama2.. tapi suasana tu la buat aku rasa rindu. cuma kena keraskan hati dan kuatkan semangat untuk mengorak langkah.

Doaku di bulan yang mulia ini.. smoga Allah mengampuni segala dosa2 aku dan keluarga, sahabat2 dan guru2 yang selalu jadi tulang belakang. Smoga segala perjalanan kami di alam fana ini akan sentiasa dipermudahkan. Smoga Allah menemukan aku dengan Aizawa...walaupon aku xtahu siapa dia, tapi Allah yang lebih mengetahui segalanya. Walaupon dia hanyalah watak yang aku cipta, tapi aku harap satu hari nanti Allah akan kabulkan doa aku ni. ^_^ . Smoga aku dipertemukan dengan jodoh yang dapat membimbing ku ke jalan yang benar.. Smoga tugas dan amanah yang tergalas di bahu ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan izin dari-Nya.  Ya Allah, berilah aku petunjuk jalan mana yang harus aku lalui... permudahkan jalan yang ku pilih ini.. Smoga aku dapat melaksanakn tanggungjawab ku sebagai seorang pelajar dan anak dengan sebaik mungkin..


Monday, March 19, 2012

FLIGHT FOR ALL!!!!

1. Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara. Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

2. Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.

3. Di mana bajunya bukan Pierre Cardin atau Kelvin Clein, dan setaraf dengannya tetapi kain putih kotton. Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana.

4. Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam. Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi selamanya. Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

5. Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonmi, sekadar kain yang diwangikan. Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan. Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelita.

6. Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan. Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

7. Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam. Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan. Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang.

8. Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan. Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

9. Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria. Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu.

10. Ya! Berita Baik!! Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!

11. Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

Friday, March 9, 2012

Secalit Kata...

Alhamdulilah.. Allah masih memberi peluang untuk aku terus bernafas hingga ke hari ini. sedar xsedar lagi 4 bulan aku akn habis pengajian di UiTM. xsabar rasanya. Masuk hari ni dah seminggu aku berada di perantaun.. walhal Kelantan je..

Berada di tempat orang xsama macam di negeri sndiri. Bak kata pepatah.. hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Seminggu berada di sini macam2 gelagat manusia yang aku lihat. Indah khabar dari rupa.. tp apepun, belajarlah menerima seadanya. Mungkin aku perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Berjauhan dengan keluarga apatah lagi sahabat membuatkan hati rasa gundah gelana. Xtahu macammane nak menempuh hari2 yang mendatang sendirian. Tapi inilah dunia. Setiap apa yang kita lalui perlu ditemani dengan sifat sabar yang tinggi...

Alhamdulillah.. permulaan hari yang baik insyaallah akn berkesudahan dengan baik. Ikhlaskan hati untuk mencari keredhaan-Nya nescaya Dia akan berikan yang terbaik untuk kita. Berdepan dengan maslah seharian membuatkan fikiran kita berserabut, apatah lagi kalau masalah itu berkaitan dengan perhubungan sesama manusia. Terima lah kelemahan diri masing2 denagn sikap terbuka. Kena tingkatkan kesabaran supaya dapat memadamkan api ketidak puasan hati dalam diri. Berhadapan dengan ragam manusia memang mencabar. Kadangkala orang yang kita kenal dan rapat di kelas belum tentu dapat menerima sikap kita bila tinggal sebumbung.. itulah yang terjadi. Di tempat kerja penuh dengan hilai tawa.. tapi bila di rumah, hanya hembusan nafas yang boleh di dengar. Mungkin di situ timbulnya ketidak persefahaman antara satu sama lain. Lumrah manusia yang tidak boleh melihat orang lain lebih berjaya. Apa yang perlu, rendahkan sifat amarah kita, tanamkan sifat tawaduk.. bersyukur dengan apa yang ada.. dan terimalah apa jua keadaan dengan hati yang redha. Mungkin itu rezeki dia, bukan rezeki kita.. Bersahabat bukan semudah ABC.. kena ada persefahaman yang tinggi, perlu ada keikhlasan diri untuk menerima buruk baik seseorang. Begitu juga bila kita berada di tempat kerja.. Perlu berbuat baik sesama rakan sekerja. Jauhkan diri dari sebarang fitnah yang boleh merosakkan prestasi kerja kita. Tapi sifat manusia yang tamak selalu membuatkan suasana di tempat kerja jadi huru hara. Tiada lagi senyuman di wajah bila sudah bermasam muka. Berdoalah semoga kita dijauhkan dari situasi tersebut.. Kalaupun terjadi, cubalah mencari jalan perdamaian dengan secebis kemaafan.

Melihat gelagat manusia seumpama itu, membuatkan aku rasa hilang semangat unuk bekerja. Tapi bukankah Allah telah menetapkan rezeki seseorang itu.. Kenapa hati tidak ceria?? Sebab kita tidak membelai hati dengan zikrullah.. Itulah sebaik2 penawar segala kesedihan dan kemurungan. Mungkin hari ini kita berjaya meraih gelaran jutawan berjaya.. tapi siapa yang tahu apa yang bakal terjadi ke esokkan hari. Adakah kita masih diberi peluang untuk bernafas atau Malaikat Maut sedang menunggu masa untuk menjalankan tugasnya. Wallahua'lam risawah.. Fikir2 kan lah. Apa yang kita kejar di dunia belum tentu kita bawa ke akhirat kelak.. Sediakan hari kita untuk bekalan di sana nanti.. Insyaalah.. Esok masih ada pelangi ynag indah untuk kita kecapi.. Tapi ingatlah.. janji Allah itu pasti terjadi...

Sunday, June 12, 2011

KEMBARA HATI..

Pening2.. nak pilih tempat praktikal pun susah. Belum lagi pilih kerja. Ish.. sebulan ni dok main dadu nak pilih tempat. Tapi teringin nak pergi jauh. Nak merantau ke tempat orang... ^_^

Cuti sem ni banyak habiskan masa dalam lab. Dah macam lab asistant. Pagi pegi petang baru balik. Sabo jela.. Selagi FYP ni xciap selagi tulah bertapa dalam lab ni. Tapi bagus juga, dapat ilmu lebih. Tengok kakak2 master ni buat research. Yang xbest duit pulak makin surut.. Argh!!!! sudah pokai la... Sebulan dalam lab baru ciap separuh step 1, Solvent Extraction. Mencabar juga nak buat projek ni. Ingat dulu macam senang je. Patut la orang yang ambik organik kena tau masak. Cikai2 pun xpe, janji tau asas. Sebabnya setiap step tu dah macam rancangan memasak. Tapi aku nak masak ape?? Masak kulit rambutan jadi coklat kulit rambutan. Hehehehe... Minggu lepas dah habis basah lencun baju kena mandi dengan acetone. Filter punya pasal aku yang jadi mangsa. Ni kalau dapur gas mau meletup rumah. Tapi best bila solvent dah kering. Macam coklat, terliur tengok. Dah ler lapo2 dalam lab 1 hari. Nasib baik bau dia xsedap. Kalau x mesti aku dah rembat masuk mulut. Nyum3.... Sok nak sambung rotavap lagi. Ada dekat 1 botol nak ciap. Tapi rasanya dah terlebih cukup. Cuma nanti berat tu dah kurang sebab kena buang tannin rambutan tu. Yela, mana ada orang nak makan getah. Mati ler jawabnya....

Erm, pejam celik dah nak genap umur aku 21 tahun. Tapi still maintain cute cam kanak2 ribena. Hahahaha... But there is a lot of thing I had learnt. Macam2.... Ilmu Allah ni kan luas. Kalau x di cari mana nak dapat. Belajar dari pengalaman lebih bermakna. Rasa hidup lebih ceria. Macam iklan cipsmore lak. But, Im so happy now.. a lot of fun, many things can do.. n so enjoy my life. Kadang2 kita kena terima sesuatu perkara yang kita benci dengan hati yang terbuka. Bukan semua benda dalam dunia ni boleh kita genggam. Ada yang kita kena lepaskan dengan ikhlas. Jangan mengejar sesuatu yang belum pasti hak kita, tapi kejarlah yang apa yang Allah dah tentukan milik kita. Fight for happiness!!! Kenapa kita nak kenang perkara yang dah berlalu. Biarkan ia pergi dan mulakan misi yang baru dengan langkah yang berani. Macam dare to fail.. Xde manusia dalam dunia ni yang tak pernah gagal ataupun buat silap. Tapi mereka berani bangkit dan capai kejayaan yang lebih bermakna. Kadang2 kejayaan hari ni xkan kekal selamanya kalau usaha tak istiqamah. Macam juga ibadah. Kalau tak istiqamah sia2 lah ibadah kita. Hilang macam tu aje. Aku bukan srikandi Islam yang dah cukup iman di dada. Tapi ada sedetik perasaan dalam hati untuk terus menambah keimanan buat bekalan di akhirat kelak.

Yeah, rasa gembira tengok rakan2 seperjuangan dah semakin berjaya. Lega rasanya. Walaupun ada terdetik perasaan cemburu dengan kecemerlangan mereka, tapi sebagai sahabat kenalah mendoakan yang terbaik. Semoga kejayaan akan terus mewarnai hidup hamba-Nya yang beriman..