JellyPages.com

Thursday, September 24, 2009

Seindah Lebaran Di Pagi Syawal

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, dalam keriangan menyambut syawal ni sy ingin berkongsi sedikit kisah buat teman2 moga menjadi pedoman. Seminggu sebelum raya sy bersama seorang teman menyewa sebuah teksi untuk pergi ke satu tempat. Maklumlah, time tu da terdesak sgt. Da x fikif budget. Yg penting cepat sampai. Tgh kami leka2 berangan tiba2 pakcik driver teksi tu bersuara. Membuka kisah yg pd sy cukup menyedihkan..

Pakcik ada anak lelaki sulung tapi da lame dia xbalik raya. Bukan raya je, hari biase pn xpernah nak datang jenguk kami mak ayah kat sini. Pakcik xmarah kat dia cme rasa kecewa je. Dulu mase kecil, pakcik jaga dia dgn penuh kasih sayang. Apa yg dia nak pakcik bagi sampai la dia keje. Xpernah pakcik marah dia. Tapi bila dia da keje dpt gaji besar, kahwin dgn anak org kaya xpernah skali dia balik.. Ni ke balasan yg pakcik dapat? Da la duit xpenah kirim, adik2 dia ramai lg. Ada yg bersekolah. Pakcik ni da tua. Tah esok lusa pakcik mati. Setakat bawa teksi byk mane la pakcik dapat...

Sy terkedu mendengar ceritanya. Sy lihat matanya merah. Ada linangan airmata yg cb ditahan drp jatuh menitis. Kasihan sungguh..Sy berfikir,knp anak2 zaman skrg da xkenal ibu bapa sendiri. Sy teringat kluarga sy.Mak sy..Mudah-mudahan sy terhindar dr perkara spt itu. Buat anak2 di luar sna. Sayangilah ibu bapa kita sementara mereka masih ada. Jgn sia2 kan hidup mereka dgn kesedihan. Isilah hari2 terakhir mereka dgn kegembiraan. Bila sy memikirkan hal ni hati sy terusik. Dlm kita ketawa ring berhari raya pasti ada insan2 yg berduka menyambut lebaran tanpa orang2 yg disayangi. Bersyukur lh kita yg masih diberi kesempatan untuk bersama2 menyambut Aidilfitri bersama kluarga tercinta. Saat takbir raya berkumandang di pagi Syawal, hati sy sayu mengingatkan arwah ayah. Dulu masa dia hidup sy xpernah nak hormati dia. Bl raya sy buat hal sendiri.. Tapi bila Allah dah ambil dia kembali barulah sy terasa kehilangan yg teramat sgt. Rindu nak menatap wajahnya. Mujur sy masih ada ibu.. Sy tekad untuk menjaga dia dgn baik. Sy mula menyedari kesilapan sy. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa2 sy yg dulu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..

Al- Fatihah...

Tuesday, September 15, 2009

Peringatan kepada kaum wanita

عَنْ عَبْدِالله بْنِ عَمْر عنَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَنَّهُ قَالَ يَامَعْشِرَ النِّسَاءِ تَصَدَّ قْنَ وَأَكْثِرْنَ الا سْتِغْفَارَفَأِنِّى
رَأَ يْتُكُنَّ اَكْثَرَ اَهْلِ النَّارِ فَقَالَتِ امْرأَةٌ مِنهُنَّ جَزْلَهٌ
وَمَاَلنَا يَرَسُولُ الله أَكْثَرَ اَهْلَ النَّارِ
قَالَ تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ العَشِيْرَ
وَمَا رَايْتُ مِنْ مَا قِصَاتِ عَقْلٍ وَدِيْنٍ أَغْلَب لِذِى لُبٍّ مِنْكُنَّ
قَالَتْ يَارَسُولَ الله وَمَانُقْصَانُ الْعَقْلِ وَالدِّيْنِ
قَالَ أَمَا نُقْصَانُ العَقْلِ فشهادة امراتين تعدل شهادة
رَجُلٍ فَهَذَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَتَمْكُثُ اللَّيالِى مَا تُصَلِّى
وَتُفْطِرُ فِى رَنَضَانَ فَهذَا نُقْصَانُ الدِّيْنِ

Dari Abdullah bin 'Umar r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Hai kaum wanita, berdermalah kamu dan perbanyakkanlah meminta ampun,
kerana saya lihat jenismu yang terbanyak dari isi neraka.
Maka bertanya seorang wanita yang cerdik, katanya : "Ya Rasulullah,
apakah sebab kebanyakkan kami ahli neraka?" Jawab Rasulullah s.a.w. :
"Kaum wanita suka mencerca dan mudah melupakan jasa suami,
dan saya tidak melihat di antara orang-orang yang kurang pendandan dan agama
yang merusakkan jiwa seorang lelaki cerdik dan cermat , lebih dari kaum wanita"
Katanya pula: "Apakah yang dimaksudkan kurang pandangan dan kurang agama?"
Jawab Rasulullah s.a.w. : "Adapun yang dimaksudkan kurang pandangan ialah
kesaksian dua orang wanita sama dengan seorang lelaki,
dan wanita tidak sembahyang beberapa malam dan tidak berpuasa dibulan
Ramadhan , inilah maksud kurang agama".

Hadis sahih riwayat Muslim

Hak cipta Muhammad Khairi 2006

Salam Syawal

Assalamualaikum..
Kedatangan syawal kian tiba menandakan pemergian Ramadhan kian berpenghujung. Dalam meniti sisa waktu yang ada adakah kita sudah cukup menghayati makna Ramadhan itu atau sekadar memandang sepi pemergiannya tanpa sebarang amal kebaikan. Dalam mencari sinar yang hakiki terlalu banyak dugaan yang harus di lalui . Di mana - mana saje kita berada pasti terlihat rencah hidup umat Islam hari ini yang sudah jauh menyimpang dari matlamat. Adakah ini aku 1 tika dulu..atau kemudian hari.. Itulah persoalan yang sering timbul di benak tatkala melihat adengan- adengan romantik pasangan couple.

Wahai Muslimah..
Jaga pandangan matamu dari panahan mata syaitan yang amat dahsyah, peliharalah hatimu dari cinta yang sia2., jagalah maruahmu dari hilang harumnya, jagalah peribadimu kerana itulah yang paling berharga dlm hidupmu..

Wahai Muslimah..
Kenapa diikut hati yang dikuasai nafsu. Bahagiakah kita dgn noda yang terpalit di jiwa. Sahabatku sekalin, marilah kita sama2 menyucikan hati dari dosa yang lalu. Semaikan dalam hati cinta pada Yg Esa kerana itulah janji kebahagiaan kita dunia dan akhirat nanti. Sedarlah sebelum terlambat..