JellyPages.com

Monday, December 27, 2010

Wacana holiday!!





Assalamualaikum..

Lama beno rasanya x menukilkan ape2 kat blog. Letih dengan kerja rumah. Cuti ni baru lah ada masa nak mengemas rumah kalau x tunggang langgang macam tongkang pecah. Lagi 5 hari cuti akan berakhir, maknanya lagi 5 hari boleh berangan puas2 kat rumah. Nanti dah start sem kena fokus kat study, dah tak boleh nak merendek mana2. Tapi sepanjang cuti nih banyak yang aku belajar. Dari real life sampailah animasi...erm, movie sebenarnya. Apepun smua tu banyak bagi inspirasi untuk tahun depan.

Jadual waktu time cuti ni mestilah dimulai dgn bangun tidur dan solat Subuh. Walaupun kadang2 terlewat..huhu..lena sangat dibuai mimpi. Pagi2 kerja aku buat sarapan untuk abang yang sorang ni. Mentang2 my mom xde dia buli aku suruh masak. Ape lah... Dah siap kerja kat dapur maka aku bertukar jadi makcik cleaner. Wah, naik patah pinggang nih turun naik tangga. Bukan setakat lantai je, dengan kipas syiling skali aku kena bersihkan. Sambil2 tu kat bilik air dobi sedia ada aku pun menjalankan tugasnya dengan baik.

Cuci baju,

cuci baju

dengan seri dobi..

Habis je mensettlekan kerja2 membersih, skali lagi aku bertukar karakter jadi Maid caffe. hahaha... Mula2 masak kat rumah. Siap je aku kena pergi Bakery moment @ Subang Parade. Aloha.. memang versetile jadi maid maiden nih. Nasib x kena pakai baju ala2 Lolita. Kalau x mati aku kena kutuk. Hehehe.. Tapi melayan customer yang banyak ragam memang dah biasa. Setiap kali part time job memang x boleh nak lari dari jumpa customer yang macam tu. Yang penting pandai main kata2 dan senyuman yang manis mesti buat customer tu cair hati nak membebel banyak2. Sebulan lebih kat bakery jadi 1 exercise untuk slim kan badan nih. Hehehe... mane x nya. dahla kerja kat kedai makan, asyik makan jelah kerja aku. But, the 1st thing yang aku nak kata, kerja ni bukan sebab nak tambah duit poket, sekadar mencari pengalaman yang mematangkan diri kita. Lagipun member yang lain semua ada part time job, xkan aku lak nak membesarkan badan duduk tersepuk kat rumah. Persaingan yang sihat walaupun diorang lagi 'mantop'.. jadi cikgu tuisyen.

1,2,3..

ikut cikgu ye murid2!!


Begitulah ceritanya.. tapi yang paling best mestilah meluangkan masa dengan sahabat2 tersayang. Ganti dengan emas permata pun aku tetap pilih BFF yang hensem dan cun nih.

Si cilik molek cik SYUD,

Comey lotee cik ZATY,

Cikgu garang SHAHRU,

Makwe cun berkaliber cik JUE,

Sehati xsejiwa CICIIM & SYIM,

Cikgu yg terlebih busy& tersangat dedikasi EDAN,

Petani moden dari ladang Jengka si AREZ,

dan Abg2 ensem yang baik hati..

tak lain xbukan en. ISA yang asyik nak berpidato xabis2,

Cikgu MIRUL yang slumber tapi padat dgn khutbahnya,

Cikgu Zaid yang baik hati,

dan kakak2 sayang yang bakal jadi bussiness women,

Cik SABAR & AL..

Ops, tertinggal.. cikgu BETO

huhuhu.... panjang bebenor nak sebut kome ramai2 nih. Penuh dah blog nih. But, im very happy with all of you. Cuti lain kali kita jumpa lagi ye.. Biasanya aku suka ajak mereka2 nih berjalan 1 Sungai Besar. Yela, masing2 dah study jauh2. So, time2 nih la nak ronda kampung halaman. For my group tempat yang xpernah miss dah tentulah Pantai Sg. Dorani. Ni pun gara2 si Master Plan merangkap jawatan group leader Mr. Karut Zidane yang terlalu busy. Jadi nak jumpa dia kena lah datang cini. Rindunya kat rumah kampung. Masa balik hari tu, rumah tu dah tinggal rangka. Sedey je tengok. Sob3... Tapi tak apelah. Dah takdir kan nak duduk jauh. Jalan2 kat sawah padi yang indah jadi penenang jiwa. Tapi menambahkan lagi rindu aku ni. huhuhu~ Kalau lah aku ada kuasa mistik boleh kembalikan masa sekolah dulu, mesti aku dah buat. Tapi aku tetap akan tunggu sampai aku jumpa balik cinta hati aku. siapa?? erm.. rahsia. Ajal pertemuan di tangan Allah. Jadi tunggulah 7 tahun lagi nak tau siapa bakal suami aku. hehehe...

Kerana aiskrim aku jatuh cinta,

barney yang ada jadi penawar duka,

apelah malang hati yang lara,

kerana dia hilang konsentrasi pada yang Esa..

Tapi sekarang aku dah makin matang nak mengawal neuron2 cinta ni. Cuma lumrah aku sebagai seorang wanita.. kadang2 tewas juga nak menahan airmata. Apepun itu semua pentas hidup sebagai seorang insan. Ujian yang Allah beri untuk menduga ketaqwaan hambanya. So, aku kena lawan semua desas desus angin rindu ni untuk melengkapkan jihad aku pada RABB.

Last skali nak kongsi, luangkan masa anda dengan family. Bawalah mereka jalan2 semasa cuti ni. Paling x pun bawa gi tgk movie. Sekarang ni kan famous dengan cerita Hantu Kaklimah Balik Rumah dan Ngankung. Cerita2 family yang berunsur jenaka. Kalau nak cerita lagi mencabar, Tron Legacy dan Narnia. Memang best!!! Bukan nak suruh menghabiskan duit, tapi sebenarnya cerita2 ni banyak bagi mesej untuk kita berfikir di luar kotak fikiran manusia. Biasanya manusia ni jarang berfikir kalau membaca berbanding visualize. So, kena lah dipelbagaikan untuk merangsang pancaindera kita ni untuk bergerak aktif.

Ops, terlupa. Tahniah buat pasukan bola sepak MALAYSIA yang berjaya mengalahkan pasukan Garuda (INDONESIA) dalam Piala Suzuki 2010 kelmarin. Hopefully mereka berjaya dapat johan dalam final masa kedua di Indonesia nanti. Go2 M'sia boleh!!!

<<>> S A Y A N G<<>>>










Thursday, December 23, 2010

Asmaul husna_ Nama-nama Allah yang indah


Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:

"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." - (Surah Al-A'raf:180)

"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)

"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- (Surah Thaha:8)

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari.


ALLAHU

Ertinya Yang mengeluarkan sekelian makhluk dari tiada menjadi ada.

Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan dimurahkan rezekinya, dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu, maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak.

AR RAHMAANU

Ertinya Kasihsayang kepada hambaNya didunia.

Barangsiapa yang mebacanya tiap-tiap selesai sembahyang fardu sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai.

AR RAHIMU

Ertinya Yang Kasihsayang kepada orang-orang mukmin pada hari .

Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah s.w.t.

AL MALIKU

Ertinya Yang Mempunyai Kerajaan

Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 121 kali kemudian daripada fajar atau tergelincirnya, Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah s.w.t. baginya.

AL QUDDUUSU

Ertinya Yang Maha Suci

Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini pada tiap-tiap hari ketika tergelincir matahari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan menjadi bersih hatinya, dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan daripada bala.

AS SALAAMU

Ertinya Sejahtera daripada kekurangan

Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan dengan mengangkat kedua belah tangan, Insyaallah akan disembuhkan dengan khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitmya.

AL MU'MINU

Ertinya Yang Mengimamkan hambaNya

Apabila dibacakan akan khalimat ini sebanyak 136 kali oleh orang yang merasa ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya, dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.

AL MUHAIMINU

Ertinya Yang Sangat Menyintai dan Memelihara.

Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat (terutama diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya, dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali setelah sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.

AL'AZIIZ

Ertinya Yang Menyalahkan.

Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. dan tidak dihajatkan dia kepada seseorang dari makhlukNya.

AL- JABBAARU

Ertinya Yang Sangat Gagah.

Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 206 kali atau 226 kali pada pagi dan petang, Insyaallah tidak akan boleh orang yang zalim dan Allah s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.

AL MUTAKABBIRU

Ertinya Yang Maha Besar.

Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah orang yang takabur itu akan tunduk kepadanya.

AL KHAALIQU

Ertinya Yang Menciptakan MakhlukNya.

Barangsiapa yang berzikir waktu tengah malam sebanyak 731 kali, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan hartanya atau lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000 kali, Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah s.w.t..

AL BAARI-U

Ertinya Yang Menerbitkan Makhluk.

Barangsiapa yang berzikir pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan selemat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia didalam kubur, dan barangsiapa yang apabila dibacanya pada malam hari selama 7 malam berturut-turut dan pada tiap-tiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan disembuhkan segala penyakit dalam tangannya.

AL MUSHAWWIRU

Ertinya Yang Merupakan Makhluk.

Barangsiapa yang berzikir sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah akan menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.

AL GHAFFAARU

Ertinya Sangat Mengampuni.

Barangsiapa yang berzikir 100 kali sambil mengiringi sembahyang Jumaat, Insyaallah zahir baginya akan mendapat keampunan.

AL QAHHAARU

Ertinya Yang Sangat Keras.

Apabila dibaca tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih, Insyaallah keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah s.w.t. atas musuhnya, dan barangsiapa yang adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan hajatnya.

AL WAHHAABU

Ertinya Yang Sangat Memberi.

Barangsiapa yang kekal mewiridkannya tiap-tiap hari atau tiap-tiap selesai sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.

AR RAZZAQU

Ertinya Yang Sangat Memberi Rezeki.

Barangsiapa yang mengekalkan membaca tiap-tiap hari 308 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki akan dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan apabila berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang berzikir sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi sebelum makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan sempurna.

AL FATTAHU

Ertinya Yang Membuka Khazanah Rahmat.

Apabila dibaca tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan bercahaya, dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.

AL'ALIIMU

Ertinya Mengetahui.

Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap setelah selesai sembahyang lima waktu sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.

AL QAABIDHU

Ertinya Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi seseorang yang disempitkan.

Apabila dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar dari pengancamnya.

AL BAASITHU

Ertinya Maha Melapangkan.

Apabila dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.

AL KHAAFIDHU

Ertinya Yang Menurunkan.

Apabila diamalkan setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk) sebanyak 500 kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta dikabulkan hajatnya.

AR RAAFI'U

Ertinya Maha Mengangkat.

Apabila dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 kali, pasti hartanya akan dijaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.

AL MU'IZZU

Ertinya Maha Menang dan memberi kepada yang dikehendakiNya.

Untuk menumbuhkan kewibawaan orang banyak apabila dibaca setiap hari sebanyak 140 kali.

AL MUDZILLU

Ertinya Yang Merendahkan atau Menghinakan.

Apabila dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud sebutkan namanya yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan apabila dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan musuh daripadanya.

AS SAMII'U

Ertinya Maha Mendengar.

Apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis, maka doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t.dan akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan menjadi baik.

AL BASHIIRU

Ertinya Maha Melihat.

Apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka.

AL HAKAMU

Ertinya Yang Menetapkan Hukum-hukum MakhlukNya.

Apabila dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebanyak 68 kali, Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.

AL'ADLU

Ertinya Yang Maha Adil.

Apabila dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia akan menjadi pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain kepadanya.

AL LATHIIFU

Ertinya Yang Maha Halus.

Apabila dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.

AL KHABIIRU

Ertinya Yang Maha Mengetahui atau Waspada.

Apabila dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali, Insyaallah akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.

AL HALIIMU

Ertinya Maha Penyayang dan Penyabar.

K Apabila dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.

AL'AZHIIMU

Ertinya Maha Agung.

Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan segera sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.

AL GHAFUURU

Ertinya Maha Pengampun.

Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3 kali, Insyaallah akan segera sembuhlah ia.

ASY SYAKUURU

Ertinya Yang Sangat Syukur.

Apabila menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau penat badan atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada badannya atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.

AL'ALIYYU

Ertinya Yang Maha Tinggi Martabatnya.

Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, Insyaallah dia akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.

AL KABIIRU

Ertinya Yang Maha Besar.

Apabila dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak 1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya, pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil rasuah dan lain-lain.

AL HAFIIZHU

Ertinya Yang Maha Memelihara.

Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut diatas.

AL MUQITU

Ertinya Yang menjadikan makanan.

Untuk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.

AL HASIIBU

Ertinya Yang Menghisab atau Menghitung.

Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca setiap selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang (sesudah sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.

AL JALIILU

Ertinya Yang Maha Agung dan Mulia.

Apabila dibaca setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti usahanya, pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.

AL KARIIMU

Ertinya Mulia atau Yang Maha Pemurah.

Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak 270 kali atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia akirat.

AR RAQIIBU

Ertinya Yang Maha Mengamati/Mengintai

Apabila dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala harta dan barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain.

AL MAJIIBU

Ertinya Yang Memperkenankan.

Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55 kali, Insyaallah semua hajatnya dikabulkan olehAllah s.w.t.

AL WAASI'U

Ertinya Maha Luas KepunyaanNya.

Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128 kali pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.

AL HAKIIMU

Ertinya Yang Maha Bijaksana

Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 300kali, insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan mudah akan menerima ilmu-ilmu apapun.

AL WADUUDU

Ertinya Maha Mencintai orang-orang yang beriman

Apabila dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga dalam rumahtangga.

AL MAJIIDU

Ertinya Yang Maha Mulia dan Maha Luhur.

Apabila dibaca sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman dan tenteram semua anggota keluarganya.

AL BAA'ITSU

Ertinya Maha membangkitkan makhlukNya dihari kemudian.

Apabila dibaca sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti Allah s.w.t.. akan memberinya lapang ilmu dan hikmah.

ASY SYAHIIDU

Ertinya Maha Menyaksikan.

Apabila dibaca setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan orang atau keluarga selalu menentangnya atau membangkang.

AL HAQQU

Ertinya Maha Besar.

Apabila dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.

AL WAKIILU

Ertinya Maha Melaksanakan Urusan MakhlukNya.

Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir, angin ribut, gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca khalimah ini dan juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.

AL QAWIYYU

Ertinya Yang Maha Kuat.

Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dilepaskan ia daripadanya.

AL MATIINU

Ertinya Maha Sempurna KekuatanNya.

Untuk mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL QAWIYYU), Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.

AL HAMIIDU

Ertinya Yang Terpuji.

Apabila dibaca setelah selesai sembahyanh Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali, Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.

AL MUHSHII

Ertinya Yang Memperhitungkan setiap amal makhlukNya, dan Membalasnya.

Apabila dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada orang yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.

AL MUBDI-U

Ertinya Yang Menzahirkan MakhlukNya.

Untuk menjayakan segala yang dirancangkan, dibaca setiap hari sebanyak 470 kali, Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan baik.

AL MU'IIDU

Ertinya Yang Mengembalikan.

Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, dibaca setiap sebelum sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.

AL MUHYI

Ertinya Yang Menghidupkan.

Apabila dibaca setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi kemuliaan dan mengingkat darjatnya berkat nama yang dibaca.

AL MUMIITU

Ertinya Yang Mematikan.

Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.

AL HAYYU

Ertinya Yang Hidup.

Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.

AL QAYYUUM

Ertinya Yang Berdiri Sendiri.

Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.

AL WAAJIDU

Ertinya Zat yang menemukan apa yang Dia kehendaki.

Untuk menumbuhkan kepercayaan pada diri sendiri.

AL MAAJIDU

Ertinya Maha Agung dan Mulia.

Apabila dibaca sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang maka akan terang hatinya.

AL WAAHIDU

Ertinya Mendapat apa yang dikehendakiNya.

Apabila dibaca setiap ba'da sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali dalam masa satu bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, Insyaallah segala hajatnya akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.

ASH SHAMADU

Ertinya Tempat bergantung bagi semua makhlukNya.

Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan segala macam hajatnya.

AL QAADIRU

Ertinya Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Apabila dibaca sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat dua rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.

AL MUQTADIRU

Ertinya Yang Sangat Kuasa.

Apabila dibaca 100 kali setelah bangun tidur, Insyaallah ia akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.

AL MUQADDIMU

Ertinya Zat yang mendahulukan.

Untuk menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca setiap hari sebanyak 184 kali pasti dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang mewiridkan / membacakan ketika masuk kemedan perang, Insyaallah tidak akan mendapat kemudhratan.

AL MUAKHHIRU

Ertinya Zat yang mengakhirkan.

Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.

AL AWWALU

Ertinya Yang terdahulu dengan tiada permulaan.

Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya.

AL AKHIIRU

Ertinya Yang kemudian dan tiada berkesudahan.

Apabila dibaca setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali, Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.

AZH ZHAHIIRU

Ertinya Maha Nyata.

Agar terbukanya segala ilmu, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 1106 kali dalam masa satu bulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh orang biasa.

AL BAATHINU

Ertinya Zat yang Maha Ghaib.

Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yamg jarang dimiliki oleh manusia.

AL WAALIYY

Ertinya Maha menguasai dan mengurus semua urusan makhlukNya.

Agar terbuka hatinya, dibaca setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti hatinya akan terbuka atau futuh.

AL MUTA'AALII

Ertinya Yang Maha Tinggi.

Apabila dibaca tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali, Insyaallah ia akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.

ALBARRU

Ertinya Yang Maha Berbuat Baik.

Untuk memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca sebanyak-banyaknya.

AT TAWWAABU

Ertinya Maha Menerima Taubat.

Untuk mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca setiap saat, Insyaallah akan berhasil segala apa yang diinginkan.

AL MUNTAQIMU

Ertinya Zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya.

Untuk menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesuadah sembahyang fardu lima waktu sebanyak-banyaknya.

AL 'AFUWWU

Ertinya Yang memberi maaf.

Baca sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yang kenal padanya.

AL MAALIKUL MULKI

Ertinya Zat yang mempunyai kekuasaan.

Untuk mengawetkan pekerjaan atau mempertahankan jabatan atau kedudukannya, dibaca setelah selesai sembahyang fardu lima waktu ditengah malam sebanyak 212 kali, Insyaallah akan dijaga dari penjahat yang hasad padanya dalam hal pekerjaan, jabatan atau kedudukan.

DZUL JALAALI wal IKRAAMI

Ertinya Zat yang mempunyai Ketinggian Kemuliaan yang Sempurna.

Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 65 kali dalam masa satu bulan, Insyaallah akan dipenuhi segala hajatnya.

AL MUQSITHU

Ertinya Yang sangat Adil.

Apabila dibaca 209 kali atau lebih, Insyaallah akan terpelihara dari was-was syaitan laknatullah dalam ibadah.

AL JAAMI'U

Ertinya Yang Mengumpulkan.

Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, Insyaallah akan dikumpulkan segala maksudnya.

AL GHANIYYU

Ertinya Yang Maha Kaya.

Apabila dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari pemyakitnya.

AL MUGHNII

Ertinya Zat yang memberi kekayaan.

Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan memjadi kaya berkat kurniaan Allah s.w.t.

AL MAANI ' U

Ertinya Yang menolak bahaya dan lain-lain.

Untuk menolak perlakuan orang jahat dan orang zalim. dibacakan setiap ba'da sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu Subuh) sebanyak 161 kali, Insyaallah akan selamat dari perbuatan mereka itu.

ADH DHAARU

Ertinya Yang menyampaikan mudharat.

Untuk menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan) asma ini dibaca setiap hari sebamyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan kehendak Allah s.w.t. penyakit tersebut akan segera sembuh.

AN NAAFI ' U

Ertinya Yang memberi manfaat.

Untuk menyembuhkan penyaklit dan menghilangkan kesusahan, asma ini dibaca setiap hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan hati ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh belas kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.

AN NUURU

Ertinya Yang menerangi.

Apabila dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan anggotanya.

AL BADII ' U

Ertinya Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya.

Untuk tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.

AL BAAQII

Ertinya Maha Kekal.

Untuk mengawtkan pekerjaan atas usahanya, baca asma ini setiap saat banyak-banyak, pasti pekerjaannya awet (kekal), jauh dari kerugian dan kejatuhan jumlah, Insyaallah.

AL WAARITSU

Ertinya Yang kembali kepadaNya sekali makhluk.

Asma ini untuk memajukan usaha apabila dibaca setiap malam sebanyak 707 kali, Insyaallah usaha akan maju.

AR RASYIIDU

Ertinya Yang Memberi Petunjuk.

Untuk menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca setiap pagi dan petang.

AS SABUURU

Ertinya Sangat Sabar.

Barangsiapa yang berzikir sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.

Saturday, November 20, 2010

Sirna...

Da hampir 2 minggu cuti sem bermula. Bosan pula sebab dah biasa study. Tiba2 free je rasa pelik lak. Hem, satu perkara yang menyesakkan dada... bila banyak masa terluang mula la neuron2 dalam otak ni memancarkan memori lama. Memori yang membuatkan aku sukar nak bernafas. Masalah yang tak pernah nak selesai.... kotak memori!!!! macammana nak hilangkan ???

Bila pejamkan mata, setiap perkara yang berlaku akan diulang tayang seolah2 baru seminit yang lalu berlaku. Inilah penyakit hati yang aku alami. Walaupun semua tu dah lama berlaku, tapi aku masih xmampu nak membuang setiap panorama yang bermain dalam benak fikiran. Kalau dalam setahun ada 365 hari, dalam 10 tahun?? Mungkin itu kelebihan aku... dapat mengingati setiap saat yang berlalu.. dan juga satu kelemahan... sebab tak berdaya nak memanipulasikan ia sebagai cabaran hidup. Ya Allah... betapa lemahnya aku ni....

Setiap saat aku berfikir, di manakah titik pengakhiran kotak memori ni. Macam cerita animasi... tapi itulah realiti hidup manusia. Atau sinonim dikatakan sejarah hidup.... sejarah yang sifatnya akan diulang-ulang. Memang betul kata pujangga, hidup manusia ni ibarat sebuah roda.. ada masa di atas dan ada masa di bawah. Setiap dugaan hidup akan dirasai oleh semua manusia, ibarat putaran roda yang tiada hentinya. Sungguh pun ianya amat menyakitkan, tapi itulah yang dijanjikan Allah sejak di Lauh Mahfuz lagi. Percaya pada ketentuan- Nya kerana DIA yang lebih mengetahui setiap sesuatu yang berlaku.


Doaku...

semoga setiap yang berlaku

akan mendapat keredhaan-Nya..

aku hanya insan yang lemah

sering alpa dengan nikmat dunia

namun jauh disudut hati

aku mengharapkan hidayah

yang mampu membuka kembali

sinar iman dihati ini

jauh disudut hati

aku mencari cinta yang hakiki

yang menjadi nur disetiap ceruk hidup

aku terasa sunyi

kesunyian yang tak tergambar di wajah

tapi aku percaya dengan setiap firman-Nya

sesungguhnya DIA sentiasa bersama hambanya

cuma aku yang x merasakan

kerana diri ini

telah dikaburi dengan noda yang bernanah...

Ya Rabb...

Aku memohon keampunan Mu

Semoga diri ini mendapat hidayah dari Mu...

Aku insan yang hina

mengharap secangkir nur iman

yang menjadi pendinding dan pedoman

dalam aku melalui hidup ini...

Jauhkan segala kelalaian ini dari hati

hilangkan segala bayangan ini dari minda

bukan dia yang aku pinta

kerana dia adalah milik Allah

siramilah hati ini

dengan nur kasih Mu

agar aku dapat meneruskan perjuangan

mencari rahmat dan keberkatan Mu....


Monday, November 15, 2010

Aidil adha...

Esok umat Islam akan menyambut hari raya Aidiladha... dengan penuh kesyukuran. Macam 2 jg dgn aku... bersyukur sgt sebab dah berjaya lepasi final exame dgn baik. Tinggal tunggu result je... berdebar gak. Sesungguhnya aidiladha kali ni banyak menguji hati nurani aku.....

Bukan senang nak melakukan pengorbanan... tapi itulah hakikatnya. Tiada siapa yang mengerti, hanya Dia yang Maha Mengetahui. Kerana mengejar cinta yang Esa, aku korbankan cinta hati yang selama ni kupendamkan. Aku tahu, diri ni xsbaik mana untuk insan sebaiknya. Biarlah Dia yng menjaganya, kerana Dia yang Maha Pencipta. Takdir yang menemukan kami dan kerana Dia jua aku memilih jalan ini... mengejar cita2 di bumi Allah yang fana ini. Walaupun terasa seakan-akan hampir rebah ke tanah, namun ku gagahi jua mengukir senyuman untuk tabahkan diri. Aku tahu, aku tidak keseorangan untuk melaluinya... pada Dia tempat kita mengadu. Setiap kali bangun dari tidur, aku berkata pada diri... biarlah hari ini menjadi titik perjuangan untuk aku mengapai cinta yang Esa... Kadangkala orang menyalah tafsir segala yang berlaku. Tapi biarlah... sesekali menoleh ke daerah lampau membuat dada ini terasa sempit. Namun itulah kayu pengukur untuk meneruskan langkah di landasan hidup. Masa lalu yang memberi aku kekuatan untuk mengejar dunia hari akan datang...

Thursday, November 11, 2010

SIAPAKAH AD-DAJJAL???

Munculnya Dajjal Dari Gua Di Sebuah Pulau

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya ‘Minal Munzharin’ seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya . Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn ’syaqq’ manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas. (pernah terbaca sebuah buku..Kelahiran Dajjal -Dajjal di lahirkan dari sepasang suami isteri yang berjimak semasa isterinya dalam keadaan haid)

Sifat² Badannya

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda ; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan ; Rambutnya kerinting dan tebal . Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:

Pertama : Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat .

Kedua: Tertulis didahinya tulisan ‘Kafir (Kaf-Fa-Ra)’. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab ‘Shahih Muslim’, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama ‘Al-Jassasah’. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat ‘transitnya’ itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja . Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa . Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat
fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari² kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..’

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org² yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:
‘Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?’

Nabi menjawab:
‘Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.’ H.R Ibnu Majah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam ‘… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?

Nabi menjawab:
‘Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan ‘Al Ghaist’ (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.’ H.R Muslim.

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah .

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Thursday, November 4, 2010

Help me!!

Assalamualaikum....

Malam ni masih terasa lagi kepayahannya. Entahlah, di mana silapnya pun aku xtahu. Aku dah cuba sehabis mungkin untuk jernihkan keadaan tapi jadi sebaliknya. Apa yang aku boleh buat cuma pasrah dgn ketentuan Ilahi... Demi menutup kesedihan hati, aku katakan pada diri setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Apa yang aku takuti dah pun berlaku dan aku dah xboleh nak berpatah balik. Macam dia kata, apa yang dah berlaku tiada nilainya.. Macamtu juga kenangan yang berlalu tidak ternilai harganya. Sesungguhnya setiap sesuatu yang kita inginkan xkan mungkin tercapai kalau bukan atas ketentuan Allah... Maka tabahkan hati dengan setiap dugaan ini. Walaupun pahit untuk ditelan tapi demi persahabatan aku korbankan juga. Biarlah ianya pergi. Mungkin dia tersalah tafsir maksud aku, atau aku yang tersalah tafsir kata2 dia. Dua jawapan yang berbeza tapi mengandungi maksud yang sama. Sekalipun aku sayangkan dia, tapi aku bukan pencipta seperti-Nya. Dia yang lebih mengetahui....

Entah macammana nak ku katakan. Lukanya terlalu dalam untuk diubati. Tapi sudah ketentuan Yang Maha Esa, sebagai hambanya yang lemah aku kena terima dengan sabar. Allah xkan menguji hambanya lebih dari kemampuan seseorang itu. Jadi, aku mesti lebih tabah dari sebelum ni supaya setiap ujian yang diberi dapat aku lalui dengan tenang. Kerana dah xtertanggung dijiwa, akhirnya aku meluahkan juga. Lama juga aku ambil masa, memikirkan kesan2 yang bakal terjadi. Walaupun dari zahirnya aku dah bersedia tapi tidak dari hati. Kenapa susah sangat aku nak terima ujian ni.... Kan lebih baik aku fokus pada perjuangan aku nak jadi forensik. Tapi betullah kata Dr. HM Tuah Iskandar, segalanya bermula dari hati. Kalau hati seseorang itu bahagia, maka senanglah untuknya berjaya. Tapi aku lak?? Bahagia ke?? Marah?? Benci?? Sedih?? Aku sendiri xtahu jawapannya. Cuma yang pasti, keindahan warna pelangi tu dah kian pudar bahkan tinggal bentuknya saje. Warna yang tercorak pada selembar kain sudah pun lusuh ditelan masa. Begitu juga dengan manusia... Ada ketika dulu sangat memahami tapi sekarang dah jadi egois. Alangkan pokok pun boleh berubah, inikan pula manusia. Apa nak disedihkan, bergembiralah dengan perubahan tu. Tapi hati aku yang ego, xnak terima. Degil betullah hati ni!! Akal dah kata, redha janganlah nak sedih lagi. Macam pepatah kata, ikut hati mati. Memang pun... sebab ikut hati lah aku jadi macamni. Hem, kesian hati... asyik disalahkan tapi dah memang betul kan. So hati, pasni kamu jangan nak ngada2 buat drama lagi. Director dah penat nak tengok drama kamu.

Alhamdulillah... dari hari ke sehari, aku cuba untuk lebih mengenali-Nya. Setelah lama aku jauh menyimpang, kenalah kembali ke pangkal jalan. Mana tahu tah esok atau lusa dia ambil semula nikmat yang diberi. Tak ke niaya aku... Aku patut bersyukur dengan apa yang Allah dah beri. Lihatlah kekuasan-Nya, betapa Dia sangat2 sayangkan aku. Dia kurniakan aku perasaan supaya aku kenal makna cinta yang sufi. Dia hadirkan rasa rindu supaya aku belajar untuk mengerti, dia bagi dugaan supaya aku selalu mengadu dengan Dia. Kalau dia tak hadirkan smua ni dah tentu aku lagi jauh dengan Dia sebab leka dengan kesenangan hidup. Itu tandanya Allah sayangkan aku. Jadi nak buat ape aku sedih, kan gembira lebih baik. Tidak ada satu pun yang Allah beri pada hambanya untuk membebankan mereka. Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ni. Kalau aku kuatkan hati, tingkatkan kesabaran pasti ada yang lebih baik menanti dihujung dugaan ni. Teruskanlah perjuangan kamu, Wardah!!!

Huh, lega rasanya dapat luahkan kat sini. Aku xnak specific pada sesiapa. Xnak ada salah menyalahkan. Biarlah, selagi aku mampu untuk berkorban, aku akan teruskan. Aku takkan mudah mengaku kalah. Biarlah mereka dengan hidup mereka. Kalau mereka rasa itu adalah yang terbaik, aku kena terima setiap perubahan yang berlaku. Berfikiran positif membina proaktif. Dah2, xmo sedih2 la Wardah. haiya... pasal ni pun dah separuh mati fikir. Belum lagi ti jadi forensik. Lagi mati aku... Kepiyo la bocah iki... huhuhu.... tolong!!!!

Hem, permulaan yang baik untuk hari ni. Pagi ti nak jawab final ni, siap2 diri wardah oi!!! Jangan nak membaca muka buku je, xpun melayan perasaan. Asyik nak berangan je kamu nih. Matanglah sikit... huhuhuhu.... Okey, lets go to study.. Leganya hati....

Monday, October 11, 2010

Hari ini dan Semalam..

Aduhai wardah..

Lamanya aku tak bercerita dgn kamu. Perjalanan hidup untuk sebulan dua ni terlalu sibuk sampaikan takde masa nak meluahkan kata2. Lelah nak pendam semua masalah ni. Entah hari esok masih ada atau tidak. Banyak yg nak dikongsikan, tapi tak terdaya nak meluahkan. Biarlah ianya menjadi rahsia antara aku dgn Allah..

Hari ni aku harap pagi yang menanti akan memberi 1 senyuman untuk gembirakan hati ni. Semalam dah berhabis airmata dicurahkan, biarlah hari ni senyuman manis pula yg terpancar indah. Kenapa susah kita nak faham erti hidup?? Aku sndiri pon terumbang ambing lagi. Tah kemana hilangnya hala tuju pun tak tahu. Rasa macam hidup ni tak ada jalan cerita.... Tapi aku sedar, smua tu cuma mainan perasaan je. Sejak2 ni iblis tu makin galak sesatkan aku. Macam2 yg aku fikir smpai kadanag2 aku hilang kewarasan diri. Tapi aku bersyukur sgt sbb Allah masih menjaga hambanya ini. Betapa sayangnya Dia kat kita kan.. cma aku je yg kadankala lalai dengan prasaan yg belum tentu kekal. Aku sebenarnya sunyi sgt wardah... aku tak tahu kenapa. Cma pada Rabb la tempat aku luahkan prasaan. Lazimnya begitulah usai aku mengadap-Nya. Hanya titisan airmata yg mampu berkata2. Pedihnya hati ni hanya Dia yg tahu. Tapi aku berharap Allah akan sentiasa kurniakan aku kesabaran yang tinggi. Insyaallah, aku takkan sesekali tewas dengan smua dugaan ni. Walaupun aku sedih macammanapun, aku akan teruskan perjuangan ni.

Cma aku harap wardah akan setia temani diri yg x seberapa ni. Hanya kamu sajalah yg aku ada untuk berbicara. Cukuplah setakat ini luahan dari hati ke hati. Ada kerja yg perlu aku selesaikan. Insyaallah, ada masa kelak kita bermadah lagi. Doakan aku terus tabah mengharungi hidup yg penuh dgn onak dan duri. Buat ayahanda di sana... doakan anakmu ini sentiasa berada di landasan yg betul. Smoga dirimu tenang di sana bersama para salihin.... Aku sentiasa rindukan kamu. Tunggulah satu masa nanti anakmu ini akan menyusul jua.

Saturday, October 2, 2010

KERISPATIH - MENGENANGMU...

Takkan pernah habis air mataku
bila kuingat tentang dirimu
mungkin hanya kau yang tau
mengapa sampai saat ini
kumasih sendiri

adakah disana kau rindu padaku
meski kita kini ada di dunia berbeda
bila masih mungkin
waktu kuputar
kan kutunggu dirimu

Biarlah kusimpan
sampai nanti aku
kan ada disana
tenanglah dirimu dalam kedamaian
ingatlah cintaku
kau tak terlihat lagi
namun cintamu abadi

Bila Cinta – Filianti Vlee (OST Lagenda Budak Setan)

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan

Monday, September 6, 2010

Lagenda Kasih Kita

Suatu masa dulu...

hidupku bagaikan bunga yg mekar,

siangnya diterangi cahaya mentari,

malamnya disirami cahaya rembulan,

walau sesekali gerimis duka mengundang,

namun tak sedikit memudarkan warna hati.

saat itu aku begitu bahagia,

menatap wajah2 insan yg ku cinta.


Hari demi hari berlalu,

kita bagaikan satu keluarga bahagia,

di mana ada kamu disitu ada aku,

melewati setiap detik waktu dengan penuh yakin,

melangkaui setiap cerita dengan memori terindah,

ada kalanya kita terjatuh,

namun rasa cinta membangkitkan iltizam,

untuk kita bangun kembali.



Gelak tawa yg tercipta,

meninggalkan kesan yg cukup mendalam,

seskali hiba i2 berkunjung jua,

namun setiap titis yg turun,

kau kesat dengan senyuman.

alangkah indahnya teman,

kisah kita yang terlakar,

ibarat pelangi yang sempurna,

terlalu indah untuk dikenang,



Masa yang berlalu,

bagaikan sembilu yang menikam,

kita terpisah membawa haluan,

mengejar impian di awangan,

perginya dikau membawa rindu,

meninggalkan duka yang tersisa,



di sini....

ada kenangan yang berbekas,

menghadirkan bayangan kita semalam,

melakonkan kembali babak2 yg terlupa,

agar terus terkenang di ufuk minda.



Kerana sayang aku korbankan segalanya,

kerana rindu aku pendam didasar kalbu,

kerana terlalu cinta aku lepaskan segalanya,

biarlah aku yg mengerti setiap apa yg terjadi,

hanya aku dan Dia yang tahu,

betapa dalamnya cinta yg ada,

namun ku redha dengan ketentuan-Nya,

kerana ku tahu Dia yang Lebih Mengetahui,

walau segunung harapan ku tagih,

tapi bukan aku yg terpilih,

kerna aku insan yg lemah,

tak tertanding dgn dirimu yg sempurna,

biarlah berakhir semua kisah kita,

menjadi lagenda cinta abadi,



walaupun kita tak lagi bertemu,

ingatlah disana saat kita berkenalan,

permulaan pada setiap kisah,

aku tetap setia menunggu disitu,

menanti dengan penuh sabar,

agar satu saat kasih kita kembali bertaut,

walaupun untuk sesaat,

sebelum tirai nikmat kembali pada yg Hak,

kerana Rabb mengurniakanku,

cinta yg satu padamu,

takkan ada yg lain,

biarpun hingga hujung usia..

Wednesday, August 25, 2010

Mission is completed...

Sesungguhnya Ramadan adalah bulan yang penuh dengan ujian kesabaran. Tak terlepas juga dengan hidup aku... Seminggu berlalu aku still lagi rasa keletihan yang teramat sangat. Peluh yang menitik pun masih tak mampu nak menggambarkan kegusaran hati. Tinggal lagi berapa bulan je sisa sem ni nak berbaki tapi aku still tak dapat lagi supervisor untuk projek sem depan. Dah habis berhempas pulas keliling satu fakulti ni, tapi masih belum ada tanda2 kejayaan tu. Kasabaranku teruji, lantas tanpa dipaksa kelopak mata menitiskan air jernih. Ya Allah... dugaan apakah ini.. Bantulah hamba-Mu ini, tabahkan hatiku , Ya Rahman...

Semalaman aku menghabiskan masa untuk muhasabah diri. Di mana silapnya aku??? Air mata tak kering jua meskipun aku terus memujuk hati agar tidak bersedih. Dari berbuka hinggalah sahur, kesedihan itu masih mencengkam jiwa.Pagi ini, aku memulakan perjalanan dengan doa agar misi kali ini berjaya. Setiap langkah perjalanan ku ke kuliah aku iringi dengan doa moga Allah merahmati perjalanan hidupku hari ini. Setibanya di fac, aku terus berjumpa melilau mencari sasaran. Nasib masih belum menyebelahi aku pagi ini, tapi aku tetap sabar menanti hingga kelas kedua ku selelsai. Habis sahaja kelas, aku terus meluru ke bilik pensyarah. Terpampang di dada pintu, Dr. Norizzan Ahmat. Debaran di hati hanya Dia yang tahu. Pintu yang terkuak memberi seribu pengharapan agar dialah yang terpilih... Setengah jam berlalu, sesi diskusi kami slesai. Dengan senyuman penuh kesyukuran, akhirnya aku berjaya mendapat pensyarah untuk projek "natural product", salah satu bidang yang aku amat minati. Alhamdulillah... aku bersyukur pada Mu Ya Allah. Tak sia-sia aku bersusah payah demi nikmat ini. Gara-gara hal ni, aku tak bercakap dengan kawan2. Timbul rasa bersalah kerana menyisihkan mereka. Mungkin juga aku terasa hati kerana mereka sudah awal2 lagi booking pensyarah. Misi yang pertama sudah selesai..langkah seterusnya perlu di atur dengan lebih teliti agar selepas ini tiada lagi masalah yang timbul..

Misi kedua pula bakal menyusul.. Tinggal seminggu lagi masa yang ada. Sedaya upaya kudrat yang ada aku usahakan agar perjalanan majlis nanti lancar. Letih juga jadi Projek Leader, segala-galanya aku kena pantau. Ingat dapat la duduk senang lenang, tapi jadi lak sebaliknya... Sabar jela... Menarik juga pengalaman kali ni. Berbanding zaman sekolah dulu, kami bergerak on grouping. Tapi sekarang, aku kena manage sendiri. Nasib baik AJK masing-masing tak de masalah. Kalau tak susah juga. Even minggu depan, harap-harap menjadilah kali ni. Fist time aku jadi orang penting zaman universiti ni. Pengalaman yang cukup mencabar. Mula-mula rasa nak nangis gak bila kena tegur kesalahan yang tak disengajakan. Tapi bak kata orang, learn from a mistake is better for excellent. Dari situlah aku belajar banyak perkara. Tapi hati pun terasa gak.. huhuhuhu...

Sekarang kelegaan mula bertapak kembali. Alhamdulillah, ada juga hikmah yang tersembunyi disebalik kekusutan yang berlaku. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Baik buruk sesuatu perkara tu, kita kena terima dengan redha dan sabar. Ramadan kali ni banyak memberi pengalaman yang mencetuskan inspirasi untuk aku terus berusaha.


Berakit rakit ke hulu,

berenang renang ketepian,

Bersakit sakit dahulu,

bersenang-senang kemudian...



Man jadda wajada, waman zara'a khosada...

Thursday, August 19, 2010

Kelebihan Ramadan

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi