JellyPages.com

Saturday, November 20, 2010

Sirna...

Da hampir 2 minggu cuti sem bermula. Bosan pula sebab dah biasa study. Tiba2 free je rasa pelik lak. Hem, satu perkara yang menyesakkan dada... bila banyak masa terluang mula la neuron2 dalam otak ni memancarkan memori lama. Memori yang membuatkan aku sukar nak bernafas. Masalah yang tak pernah nak selesai.... kotak memori!!!! macammana nak hilangkan ???

Bila pejamkan mata, setiap perkara yang berlaku akan diulang tayang seolah2 baru seminit yang lalu berlaku. Inilah penyakit hati yang aku alami. Walaupun semua tu dah lama berlaku, tapi aku masih xmampu nak membuang setiap panorama yang bermain dalam benak fikiran. Kalau dalam setahun ada 365 hari, dalam 10 tahun?? Mungkin itu kelebihan aku... dapat mengingati setiap saat yang berlalu.. dan juga satu kelemahan... sebab tak berdaya nak memanipulasikan ia sebagai cabaran hidup. Ya Allah... betapa lemahnya aku ni....

Setiap saat aku berfikir, di manakah titik pengakhiran kotak memori ni. Macam cerita animasi... tapi itulah realiti hidup manusia. Atau sinonim dikatakan sejarah hidup.... sejarah yang sifatnya akan diulang-ulang. Memang betul kata pujangga, hidup manusia ni ibarat sebuah roda.. ada masa di atas dan ada masa di bawah. Setiap dugaan hidup akan dirasai oleh semua manusia, ibarat putaran roda yang tiada hentinya. Sungguh pun ianya amat menyakitkan, tapi itulah yang dijanjikan Allah sejak di Lauh Mahfuz lagi. Percaya pada ketentuan- Nya kerana DIA yang lebih mengetahui setiap sesuatu yang berlaku.


Doaku...

semoga setiap yang berlaku

akan mendapat keredhaan-Nya..

aku hanya insan yang lemah

sering alpa dengan nikmat dunia

namun jauh disudut hati

aku mengharapkan hidayah

yang mampu membuka kembali

sinar iman dihati ini

jauh disudut hati

aku mencari cinta yang hakiki

yang menjadi nur disetiap ceruk hidup

aku terasa sunyi

kesunyian yang tak tergambar di wajah

tapi aku percaya dengan setiap firman-Nya

sesungguhnya DIA sentiasa bersama hambanya

cuma aku yang x merasakan

kerana diri ini

telah dikaburi dengan noda yang bernanah...

Ya Rabb...

Aku memohon keampunan Mu

Semoga diri ini mendapat hidayah dari Mu...

Aku insan yang hina

mengharap secangkir nur iman

yang menjadi pendinding dan pedoman

dalam aku melalui hidup ini...

Jauhkan segala kelalaian ini dari hati

hilangkan segala bayangan ini dari minda

bukan dia yang aku pinta

kerana dia adalah milik Allah

siramilah hati ini

dengan nur kasih Mu

agar aku dapat meneruskan perjuangan

mencari rahmat dan keberkatan Mu....


Monday, November 15, 2010

Aidil adha...

Esok umat Islam akan menyambut hari raya Aidiladha... dengan penuh kesyukuran. Macam 2 jg dgn aku... bersyukur sgt sebab dah berjaya lepasi final exame dgn baik. Tinggal tunggu result je... berdebar gak. Sesungguhnya aidiladha kali ni banyak menguji hati nurani aku.....

Bukan senang nak melakukan pengorbanan... tapi itulah hakikatnya. Tiada siapa yang mengerti, hanya Dia yang Maha Mengetahui. Kerana mengejar cinta yang Esa, aku korbankan cinta hati yang selama ni kupendamkan. Aku tahu, diri ni xsbaik mana untuk insan sebaiknya. Biarlah Dia yng menjaganya, kerana Dia yang Maha Pencipta. Takdir yang menemukan kami dan kerana Dia jua aku memilih jalan ini... mengejar cita2 di bumi Allah yang fana ini. Walaupun terasa seakan-akan hampir rebah ke tanah, namun ku gagahi jua mengukir senyuman untuk tabahkan diri. Aku tahu, aku tidak keseorangan untuk melaluinya... pada Dia tempat kita mengadu. Setiap kali bangun dari tidur, aku berkata pada diri... biarlah hari ini menjadi titik perjuangan untuk aku mengapai cinta yang Esa... Kadangkala orang menyalah tafsir segala yang berlaku. Tapi biarlah... sesekali menoleh ke daerah lampau membuat dada ini terasa sempit. Namun itulah kayu pengukur untuk meneruskan langkah di landasan hidup. Masa lalu yang memberi aku kekuatan untuk mengejar dunia hari akan datang...

Thursday, November 11, 2010

SIAPAKAH AD-DAJJAL???

Munculnya Dajjal Dari Gua Di Sebuah Pulau

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya ‘Minal Munzharin’ seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya . Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn ’syaqq’ manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas. (pernah terbaca sebuah buku..Kelahiran Dajjal -Dajjal di lahirkan dari sepasang suami isteri yang berjimak semasa isterinya dalam keadaan haid)

Sifat² Badannya

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda ; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan ; Rambutnya kerinting dan tebal . Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:

Pertama : Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat .

Kedua: Tertulis didahinya tulisan ‘Kafir (Kaf-Fa-Ra)’. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab ‘Shahih Muslim’, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama ‘Al-Jassasah’. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat ‘transitnya’ itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja . Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa . Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat
fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari² kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..’

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org² yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:
‘Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?’

Nabi menjawab:
‘Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.’ H.R Ibnu Majah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam ‘… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?

Nabi menjawab:
‘Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan ‘Al Ghaist’ (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.’ H.R Muslim.

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah .

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Thursday, November 4, 2010

Help me!!

Assalamualaikum....

Malam ni masih terasa lagi kepayahannya. Entahlah, di mana silapnya pun aku xtahu. Aku dah cuba sehabis mungkin untuk jernihkan keadaan tapi jadi sebaliknya. Apa yang aku boleh buat cuma pasrah dgn ketentuan Ilahi... Demi menutup kesedihan hati, aku katakan pada diri setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Apa yang aku takuti dah pun berlaku dan aku dah xboleh nak berpatah balik. Macam dia kata, apa yang dah berlaku tiada nilainya.. Macamtu juga kenangan yang berlalu tidak ternilai harganya. Sesungguhnya setiap sesuatu yang kita inginkan xkan mungkin tercapai kalau bukan atas ketentuan Allah... Maka tabahkan hati dengan setiap dugaan ini. Walaupun pahit untuk ditelan tapi demi persahabatan aku korbankan juga. Biarlah ianya pergi. Mungkin dia tersalah tafsir maksud aku, atau aku yang tersalah tafsir kata2 dia. Dua jawapan yang berbeza tapi mengandungi maksud yang sama. Sekalipun aku sayangkan dia, tapi aku bukan pencipta seperti-Nya. Dia yang lebih mengetahui....

Entah macammana nak ku katakan. Lukanya terlalu dalam untuk diubati. Tapi sudah ketentuan Yang Maha Esa, sebagai hambanya yang lemah aku kena terima dengan sabar. Allah xkan menguji hambanya lebih dari kemampuan seseorang itu. Jadi, aku mesti lebih tabah dari sebelum ni supaya setiap ujian yang diberi dapat aku lalui dengan tenang. Kerana dah xtertanggung dijiwa, akhirnya aku meluahkan juga. Lama juga aku ambil masa, memikirkan kesan2 yang bakal terjadi. Walaupun dari zahirnya aku dah bersedia tapi tidak dari hati. Kenapa susah sangat aku nak terima ujian ni.... Kan lebih baik aku fokus pada perjuangan aku nak jadi forensik. Tapi betullah kata Dr. HM Tuah Iskandar, segalanya bermula dari hati. Kalau hati seseorang itu bahagia, maka senanglah untuknya berjaya. Tapi aku lak?? Bahagia ke?? Marah?? Benci?? Sedih?? Aku sendiri xtahu jawapannya. Cuma yang pasti, keindahan warna pelangi tu dah kian pudar bahkan tinggal bentuknya saje. Warna yang tercorak pada selembar kain sudah pun lusuh ditelan masa. Begitu juga dengan manusia... Ada ketika dulu sangat memahami tapi sekarang dah jadi egois. Alangkan pokok pun boleh berubah, inikan pula manusia. Apa nak disedihkan, bergembiralah dengan perubahan tu. Tapi hati aku yang ego, xnak terima. Degil betullah hati ni!! Akal dah kata, redha janganlah nak sedih lagi. Macam pepatah kata, ikut hati mati. Memang pun... sebab ikut hati lah aku jadi macamni. Hem, kesian hati... asyik disalahkan tapi dah memang betul kan. So hati, pasni kamu jangan nak ngada2 buat drama lagi. Director dah penat nak tengok drama kamu.

Alhamdulillah... dari hari ke sehari, aku cuba untuk lebih mengenali-Nya. Setelah lama aku jauh menyimpang, kenalah kembali ke pangkal jalan. Mana tahu tah esok atau lusa dia ambil semula nikmat yang diberi. Tak ke niaya aku... Aku patut bersyukur dengan apa yang Allah dah beri. Lihatlah kekuasan-Nya, betapa Dia sangat2 sayangkan aku. Dia kurniakan aku perasaan supaya aku kenal makna cinta yang sufi. Dia hadirkan rasa rindu supaya aku belajar untuk mengerti, dia bagi dugaan supaya aku selalu mengadu dengan Dia. Kalau dia tak hadirkan smua ni dah tentu aku lagi jauh dengan Dia sebab leka dengan kesenangan hidup. Itu tandanya Allah sayangkan aku. Jadi nak buat ape aku sedih, kan gembira lebih baik. Tidak ada satu pun yang Allah beri pada hambanya untuk membebankan mereka. Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ni. Kalau aku kuatkan hati, tingkatkan kesabaran pasti ada yang lebih baik menanti dihujung dugaan ni. Teruskanlah perjuangan kamu, Wardah!!!

Huh, lega rasanya dapat luahkan kat sini. Aku xnak specific pada sesiapa. Xnak ada salah menyalahkan. Biarlah, selagi aku mampu untuk berkorban, aku akan teruskan. Aku takkan mudah mengaku kalah. Biarlah mereka dengan hidup mereka. Kalau mereka rasa itu adalah yang terbaik, aku kena terima setiap perubahan yang berlaku. Berfikiran positif membina proaktif. Dah2, xmo sedih2 la Wardah. haiya... pasal ni pun dah separuh mati fikir. Belum lagi ti jadi forensik. Lagi mati aku... Kepiyo la bocah iki... huhuhu.... tolong!!!!

Hem, permulaan yang baik untuk hari ni. Pagi ti nak jawab final ni, siap2 diri wardah oi!!! Jangan nak membaca muka buku je, xpun melayan perasaan. Asyik nak berangan je kamu nih. Matanglah sikit... huhuhuhu.... Okey, lets go to study.. Leganya hati....