JellyPages.com

Sunday, June 12, 2011

KEMBARA HATI..

Pening2.. nak pilih tempat praktikal pun susah. Belum lagi pilih kerja. Ish.. sebulan ni dok main dadu nak pilih tempat. Tapi teringin nak pergi jauh. Nak merantau ke tempat orang... ^_^

Cuti sem ni banyak habiskan masa dalam lab. Dah macam lab asistant. Pagi pegi petang baru balik. Sabo jela.. Selagi FYP ni xciap selagi tulah bertapa dalam lab ni. Tapi bagus juga, dapat ilmu lebih. Tengok kakak2 master ni buat research. Yang xbest duit pulak makin surut.. Argh!!!! sudah pokai la... Sebulan dalam lab baru ciap separuh step 1, Solvent Extraction. Mencabar juga nak buat projek ni. Ingat dulu macam senang je. Patut la orang yang ambik organik kena tau masak. Cikai2 pun xpe, janji tau asas. Sebabnya setiap step tu dah macam rancangan memasak. Tapi aku nak masak ape?? Masak kulit rambutan jadi coklat kulit rambutan. Hehehehe... Minggu lepas dah habis basah lencun baju kena mandi dengan acetone. Filter punya pasal aku yang jadi mangsa. Ni kalau dapur gas mau meletup rumah. Tapi best bila solvent dah kering. Macam coklat, terliur tengok. Dah ler lapo2 dalam lab 1 hari. Nasib baik bau dia xsedap. Kalau x mesti aku dah rembat masuk mulut. Nyum3.... Sok nak sambung rotavap lagi. Ada dekat 1 botol nak ciap. Tapi rasanya dah terlebih cukup. Cuma nanti berat tu dah kurang sebab kena buang tannin rambutan tu. Yela, mana ada orang nak makan getah. Mati ler jawabnya....

Erm, pejam celik dah nak genap umur aku 21 tahun. Tapi still maintain cute cam kanak2 ribena. Hahahaha... But there is a lot of thing I had learnt. Macam2.... Ilmu Allah ni kan luas. Kalau x di cari mana nak dapat. Belajar dari pengalaman lebih bermakna. Rasa hidup lebih ceria. Macam iklan cipsmore lak. But, Im so happy now.. a lot of fun, many things can do.. n so enjoy my life. Kadang2 kita kena terima sesuatu perkara yang kita benci dengan hati yang terbuka. Bukan semua benda dalam dunia ni boleh kita genggam. Ada yang kita kena lepaskan dengan ikhlas. Jangan mengejar sesuatu yang belum pasti hak kita, tapi kejarlah yang apa yang Allah dah tentukan milik kita. Fight for happiness!!! Kenapa kita nak kenang perkara yang dah berlalu. Biarkan ia pergi dan mulakan misi yang baru dengan langkah yang berani. Macam dare to fail.. Xde manusia dalam dunia ni yang tak pernah gagal ataupun buat silap. Tapi mereka berani bangkit dan capai kejayaan yang lebih bermakna. Kadang2 kejayaan hari ni xkan kekal selamanya kalau usaha tak istiqamah. Macam juga ibadah. Kalau tak istiqamah sia2 lah ibadah kita. Hilang macam tu aje. Aku bukan srikandi Islam yang dah cukup iman di dada. Tapi ada sedetik perasaan dalam hati untuk terus menambah keimanan buat bekalan di akhirat kelak.

Yeah, rasa gembira tengok rakan2 seperjuangan dah semakin berjaya. Lega rasanya. Walaupun ada terdetik perasaan cemburu dengan kecemerlangan mereka, tapi sebagai sahabat kenalah mendoakan yang terbaik. Semoga kejayaan akan terus mewarnai hidup hamba-Nya yang beriman..

Tuesday, May 10, 2011

Diari hati

Selamat kembali Wardah..Hari ke 2 cuti semester...

Perasaan time ni macam ABC, bercampur baur antara sedih, bosan, tah ape lagi. Belum pun cuti aku dah buat something wrong pada mereka. Tahla, actually aku terasa hati dgn apa yg berlaku. Aku tahu bukan salah diorang pun. Tapi aku terasa sgt2 kecewa sampaikan dah hilang rasa nak enjoy time cuti ni. Xde feeling lgsg...

Sejak 3 tahun ni byk perkara dah berubah.. manusia, environment.. sampaikan aku sendiri pun rasa seolah2 xjejak di alam realiti. Susah sgt ke nak terima kenyataan?? kenapa hati ni degil sgt nak dengar impulse dari otak. Sampaikan dah krem pituitary gland ni nak secret hormon je. Aku dah penat la. Buat hati yang dikasihi, dengarlah kata sahabatmu, si minda kerana dia yang lebih arif membuat penilaian. Sudah2 la nak bersifat sentimental. Penat tuan kamu ni nak layan,. Tah ape kena dgn kamu ni, asyik nak sedih je. Cuba smile!!! kan comel tu.

Hem.. tah nak cerita dari mana pun aku xtahu. Letih minda ni nak berfikir. Kejutan yang meragut segala urat sendi yang menjalar dalam tubuh ni. Saat tu hanya DIA yang mengetahui betapa peritnya luka yang terpalit di sanubari ni. Ya Rab, berilah aku kekuatan untuk aku tabah melalui perjalanan hidup ni. Tegarkan hati ini untuk mencari redha-Mu..

Wani, KD, Shafiah.. sahabatmu ni menyusun 10 jari atas segala keterlanjuran di ats kekhilafan diri. Sebagai seorang insan yang tidak sempurna, sukar sekali untuk aku menerima tamparan yang cukup hebat ni. Sampaikan terdetik dalam hati, kenapa Allah xpernah mendengar suara hati ini?? Astaghfirullah... aku terlupa yang aku ni hanyalah hamba padanya. Hati yang walang cukup menguji keimanan diri. Sampaikan tegar sekali aku meletakkan kesalahan pada sang Pencipta. Ya Allah, ampunkan kekhilafan diri ini.. Pada sahabatku, aku terasa berdosa menyakiti hati kalian. Walhal kalian dah banyak meniupkan semangat dikala diri ini ditimpa kesusahan. Maaflah kerana terlalu mengikut kata hati yang terbisik oleh kata2 si iblis yang durjana. Aku tetap menyayangi kalian sebagai sahabatku.

Ya Allah, waktu ini aku terfikir setiap kesalahan yang tersandar di bahu ini. Sebagai manusia aku tidak terlepas dari perasaan halus ini. Susahnya untuk bernafas dalam jiwa hamba yang lemah. Sukar sekali untuk aku mengerti gerak permainan dunia ini. Sebagai sahabat, aku telah cuba sedaya upaya memenangi hati mereka.. tapi apakan daya, mereka tetap juga pergi. Sedih rasanya hati ini bagaikan dicucuk sembilu yang tajam. Saat ini mengetahui mereka telah dikurniakan pengganti diri ini... bermakna diri ini tidak lagi layak untuk menyempurnakan diri mereka. Waktu pertama kali mata ini membaca, terpana seketika. Lidah terasa kelu, darah seakan berhenti mengalir. Terhenti seketika jantung menjalankan tugasnya... hanya air mata penawar kesakitan yang ada. Saat ini aku sudah tidak mampu untuk meluahkan dengan kata2. Seakan terkunci untuk kesekian kalinya. Biarlah tangan yang pantas mencoretkan segala yang terbuku di dada. Pada mulanya sukar sekali untuk aku menerima segala ketentuan-Mu. Namun aku sudah mulai mengerti. Aku hanya mampu merancang, hanya DIA yang menentukan. Sesungguhnya perjanjian itu telah termetrai sebelum aku lahir ke dunia lagi. Biarpun cinta yang dianugerahkan ini terbuang sepi, namun aku tetap menyayangi mereka sebagai sahabatku. memandang ke langit ciptaan-Nya yang indah membuatkan hati ini hiba. Saat mata ini terpejam, bagaikan roh ditarik ke alam fantasi, aku melakar memori yang indah bersama sahabat2 yang tercinta. Biarpun hanya mimpi yang tersulam, namun cukuplah menjadi penawar kesepian diri. Pastinya belum cukup iman di dada untuk aku terasa damai menerima suratan Ilahi. Namun, doa yang dipanjatkan tak pernah putus supaya Allah memberikanku petunjuk ke jalan yang benar. Mengertilah kini, gadis yang pernah melalui liku2 kehidupan bersama tidak lagi diperlukan. Bermakna khidmatku sebagai teman telah terbatal dengan sendirinya. Walaupun jiwa ini dirobek2 dengan racun kekecewaan, namun ku tabahkan diri untuk melangkah jauh mencari kebenaran yang hakiki. Sesungguhnya Allah telah menetapkan hidup seseorang itu dari segi rezekinya, ajalnya dan jodohnya. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Satu saat nanti pasti Allah akan mengurniakan aku seorang teman yang menjadi pembimbingku kelak. Namun, jauh disudut hati cinta seorang sahabat itu tetap utuh dunia dan akhirat. Insyaallah...



Friday, March 11, 2011

Sedetik Bersama...

Wah, lamanya x update blog nih... I'm busy with the assignment and proposal project. Lagi setahun nak habis degree.. tak sabar rasanya. Tapi di tahun2 akhir ni macam2 hal berlaku. Terlalu banyak dugaan yang perlu ditempuh. Bulan depan dah kena present proposal projek. Nervousnya... jangan la lecturer tanya macam2. Ya Allah, berilah aku kekuatan..

Rasa kejap je masa berlalu. Pejam celik dah 3 tahun aku tinggalkan bangku sekolah. Tapi rasa macam seolah2 baru je semalam. Sangat rindukan zaman tu. Sampai termimpi2. Itulah, masa sekolah main je. Sekarang dah menyesal. hehehe.. Tapi banyak kenangan kat sana. I like..

Apa perancangan lepas ni?? Fikir2 nak sambung belajar master, tapi Insyaallah kalau ada rezeki. Kalau takde, carilah kerja. Timba pengalaman dulu baru sambung master. Target nak sambung kat oversea... tapi nak stabilize kan pointer tu sangat susah. Nazak juga nak naik kan pointer yang dah jatuh tersungkur. Nasib baik semester lepas ok. Alhamdulillah, ada juga peluang nak naikkan cgpa. Tapi sebab sem 2 agak teruk jadi terpaksa kena pulun sakan untuk 3 sem lagi ni. Macam lecturer kata, 2 sem ni senang nak dapat dekan sebab semuanya bergantung pada projek. Tapi, subjek lain pun killler macammana nih... So, nak capai cita2 pergi oversea tu kena lah banyak bersabar, usaha, buang sikap malas, kurangkan tidur... dan yang paling penting, dekatkan diri dengan-Nya.

Cakap pasal ni, sekarang dah kurang masa nak join usrah. Bukan tak nak joint tapi masa terlalu singkat. Kadang2 rasa bersalah pada kakak2 senior, selalu ajak tapi kelas habis malam. Rasa letih sangat sekarang. Dengan kerja yang berlambak2. Tapi dah belajar, kena lah pandai bahagikan masa. Semua orang kata aku ni dah makin sosial.. tapi sebenarnya aku tak rasa macamtu. Kenapa?? sebab kalu aku sosial mestilah aku masuk menari, lepak2 kat luar malam2, pergi befoya2 dengan lelaki. Tapi aku tak buat pun semua tu. Paling tak pun masuk sukan sukol je. Kalau menari pun dengan budak2 rumah. Pergi tengok wayang pun dengan family, jarang nak keluar dengan kawan.. tu pun kawan perempuan. Sebab tak join usrah je orang dah kata macam2. Walhal kelas aku pack, macammana aku nak joint. Kalu 1 hari ada 48 jam tak apa juga. Memang sangat letih. Nak buat proposal projek lagi, study lagi. Kadang2 sampai menangis sebab terlalu penat. Tapi orang tak nampak semua tu. Yela, rumah anda dekat dengan fakulti. Kolej lagi la kat dalam je. Cuba lah anda jadi saya, pergi balik rumah macam nyawa di hujung tanduk. Berperang dengan pengguna jalan raya yang lain. Dahlah orang shah alam ni bawa kereta macam nak race je, tak reti nak bagi signal. Kami2 yang naik 2 tayar ni juga yang jadi mangsa. Baru kelmarin tengok accident yang sangat ngeri, sampaikan menggigil nak bawa motor ke kampus. Dugaan2...

Dah lama tak contact sahabat2 yang lain. Tau, diorang busy.. Tapi tak pernah lupakan mereka. Hope diorg juga berjaya graduate dengan cemerlang. So, boleh la sambung master sama2. Huhuhu... saya sangat rindu pada anda semua.



Ukhwah yang kukuh terbina,

persis sekuntum bunga yang mekar,

meskipun kini kita terpisah demi kasih-Nya,

namun cebisan kenangan kita,

sentiasa bermain di bayangan mata,

detik waktu yang berlalu,

menjadi memori kau dan aku,

sewaktu kita bersama,

saling setia menimba ilmu,

tanpa mengenal erti penat jemu,

ingatkah kau lagi,

kita bersama memijak onak duri,

di tanah gersang mengutip semangt suci,

kini segalanya tersurat dalam sanubari..

Bersabarlah dengan ketentuan-Nya,

ada rahmat yang tersembunyi,

bertemu berpisah kerana Allah,

lumrah kehidupan orang beriman,

moga saat yang indah berulang lagi...



Saturday, January 15, 2011

Manusia oh manusia..

Selamat tahun baru 2011...

Alhamdulillah... Allah masih memberi ruang untuk aku terus bernafas. Dah 2 minggu sesi kuliah bermula. So far not so bad, cma letih la dgn jadual yang xbrape nak padat tapi lame nak abis.. Sepanjang 2 minggu ni dah macam2 perkara berlaku. Tak tahulah kenapa dengan aku ni. Mungkin Allah nak uji kesabaran aku.

First day lecture dah kena buat asignment. Elok2 semangat nak pergi kampus, ada lak yang drive kereta macam orang gila. Nasib aku sempat nak elak, kalau tak dah jadi superman kena lenyek. Ni la sikap pemandu sekarang. Tahulah anda bawa kereta, tapi ingat la orang lain gak. Dah ler saya ni naik dua tayar, awak ada empat tayar. Memang nahas la saya..Nak tukar line, bagi la signal jangan main redah je. Ingat jalan ni awak punya??? Itulah sebab kenapa statistik kemalangan makin meningkat. Memandu membuta tuli, nak fikir cepat je. Kalau terlanggar hari tu memang saya saman awak. Ish, geram!!!

Minggu ke-2 lak ada lagi kejadian camtu. Rasa nak langgar je kereta orang tu. Dah tahu kat roundboard bagi la signal nak masuk simpang. Itu pun nak kena ajar ke. Kereta mewah, tapi otak tak ada. Apa punya ragam manusia lah... Belum sempat habis seminggu, tadi ada pula orang rembat helmet. Siap potong lagi tali helmet tu. Apa ke jaddahnya la nak curi helmet orang. Dah miskin sangat ke sampai tak mampu nak beli helmet sendiri. Setakat viser RM20 pun nak kebas ke. Kalau ambik cara elok tak ape. Ni tak.. main kebas je. Kalau ikut hati memang nak je doakan orang yang ambik tu cepat mati. Dah tak ada kerja lain ke nak buat. Asyik nak curi barang orang je. Apa, ingat saya ni orang kaya ke. Ke makhluk tu yang buta xtahu nak beza.. Helmet punya cantik la kat sebelah, nak juga rembat yang tu. Memang otak dah sewel agaknya. Ke dah gila meroyan. Takkan naik motor xpakai helmet kot. Kalau tadi saya excident tgh jalan pastu mati, memang seumur hidup manusia tu aku kacau. Biar hidup dia xtenteram. Suka sangat nak ambil barang orang... Sabo jelah syah!!!

Panas hati memang tak usah kata la. Tapi sebab ingat Tuhan la sabarkan je. Macam2 orang pun ada. Tu la, susah jadi orang baik. Ada je yang nak sabotaj. Penat lah nak layan orang macam ni. Macam2 karenah.

Friday, January 7, 2011

Jom jalan2 kampung!!!

Ni la rumah ku syurgaku.. hehehe... Actually baru setahun duduk kat sini. Rumah lama dah jadi milik orang lain.. biasa la, manusia yang xpernah puas dengan harta dunia. Harta orang lain pun dia nak ambil juga. Syukur pada Allah, sebab masih beri jalan pada hamba-Nya.. Walaupun xseindah istana, tapi selesa dan i love it!!




Ni atek sayang Sufi.. hehehe.. dia suka jalan sana sini. Xnak duduk diam. penat nak jaga. huhuhu... Tapi dia comel. Tengok la, orang nak tangkap gambar dia pose baik punya!!




pemandangan masa Sunset waktu petang..


Mentari petang...

Pantai sungai Haji Dorani.. Walaupun orang kata pantai ni tak ler seindah mana, tapi bagi aku pantai ni memang best!!! Dari kecik sampai la aku dah besar gajah kat sini ler tempat aku main pasir. hehehe... yela, rumah dekat laut. Agak2 nak buat istana pasir datang je. Xpun keje2 mencari remis. yum3!!! Pantai ni banyak mengukir kenangan manis dalam hidup aku. huhuhu...
Kalau nak rasa suasana kat pantai ni, mai ler lapangkan diri kita berjemur. Er... jangan lupa pakai sunburn sebelum kulit anda jadi udang bakar. hahahaha...



Sawah padi depan rumah. Kat sini la tempat aku berkubang time kecik dulu. Ops, bocor rahsia~ Ala, budak2.. Walaupun aku je perempuan yang dok gatal miang nak ikut sama.. tapi dapat gak mandi kat situ. Bila lagi nak rasa. Dah beso ni xdelah aku nak buat benda2 camtu lagi. Kat palong ni banyak ikan sepat dengan puyu. Sape2 yang mengidam nak makan ikan2 tu, ape kata anda datang menyauk kat sini. Gerenti puas hati!!!





Pemandangan yang indah... dulu2 kalau aku sakit hati dengan sesapa, aku datang sini dan jerit puas2. Sebab xde orang dengar pun kalau kita terpekik terlolong kat situ. Tapi sekarang dah x berpeluang lagi sebab dah tinggal kat Shah Alam. Rindunya nak kembali ke zaman kanak2...