JellyPages.com

Saturday, January 15, 2011

Manusia oh manusia..

Selamat tahun baru 2011...

Alhamdulillah... Allah masih memberi ruang untuk aku terus bernafas. Dah 2 minggu sesi kuliah bermula. So far not so bad, cma letih la dgn jadual yang xbrape nak padat tapi lame nak abis.. Sepanjang 2 minggu ni dah macam2 perkara berlaku. Tak tahulah kenapa dengan aku ni. Mungkin Allah nak uji kesabaran aku.

First day lecture dah kena buat asignment. Elok2 semangat nak pergi kampus, ada lak yang drive kereta macam orang gila. Nasib aku sempat nak elak, kalau tak dah jadi superman kena lenyek. Ni la sikap pemandu sekarang. Tahulah anda bawa kereta, tapi ingat la orang lain gak. Dah ler saya ni naik dua tayar, awak ada empat tayar. Memang nahas la saya..Nak tukar line, bagi la signal jangan main redah je. Ingat jalan ni awak punya??? Itulah sebab kenapa statistik kemalangan makin meningkat. Memandu membuta tuli, nak fikir cepat je. Kalau terlanggar hari tu memang saya saman awak. Ish, geram!!!

Minggu ke-2 lak ada lagi kejadian camtu. Rasa nak langgar je kereta orang tu. Dah tahu kat roundboard bagi la signal nak masuk simpang. Itu pun nak kena ajar ke. Kereta mewah, tapi otak tak ada. Apa punya ragam manusia lah... Belum sempat habis seminggu, tadi ada pula orang rembat helmet. Siap potong lagi tali helmet tu. Apa ke jaddahnya la nak curi helmet orang. Dah miskin sangat ke sampai tak mampu nak beli helmet sendiri. Setakat viser RM20 pun nak kebas ke. Kalau ambik cara elok tak ape. Ni tak.. main kebas je. Kalau ikut hati memang nak je doakan orang yang ambik tu cepat mati. Dah tak ada kerja lain ke nak buat. Asyik nak curi barang orang je. Apa, ingat saya ni orang kaya ke. Ke makhluk tu yang buta xtahu nak beza.. Helmet punya cantik la kat sebelah, nak juga rembat yang tu. Memang otak dah sewel agaknya. Ke dah gila meroyan. Takkan naik motor xpakai helmet kot. Kalau tadi saya excident tgh jalan pastu mati, memang seumur hidup manusia tu aku kacau. Biar hidup dia xtenteram. Suka sangat nak ambil barang orang... Sabo jelah syah!!!

Panas hati memang tak usah kata la. Tapi sebab ingat Tuhan la sabarkan je. Macam2 orang pun ada. Tu la, susah jadi orang baik. Ada je yang nak sabotaj. Penat lah nak layan orang macam ni. Macam2 karenah.

Friday, January 7, 2011

Jom jalan2 kampung!!!

Ni la rumah ku syurgaku.. hehehe... Actually baru setahun duduk kat sini. Rumah lama dah jadi milik orang lain.. biasa la, manusia yang xpernah puas dengan harta dunia. Harta orang lain pun dia nak ambil juga. Syukur pada Allah, sebab masih beri jalan pada hamba-Nya.. Walaupun xseindah istana, tapi selesa dan i love it!!




Ni atek sayang Sufi.. hehehe.. dia suka jalan sana sini. Xnak duduk diam. penat nak jaga. huhuhu... Tapi dia comel. Tengok la, orang nak tangkap gambar dia pose baik punya!!




pemandangan masa Sunset waktu petang..


Mentari petang...

Pantai sungai Haji Dorani.. Walaupun orang kata pantai ni tak ler seindah mana, tapi bagi aku pantai ni memang best!!! Dari kecik sampai la aku dah besar gajah kat sini ler tempat aku main pasir. hehehe... yela, rumah dekat laut. Agak2 nak buat istana pasir datang je. Xpun keje2 mencari remis. yum3!!! Pantai ni banyak mengukir kenangan manis dalam hidup aku. huhuhu...
Kalau nak rasa suasana kat pantai ni, mai ler lapangkan diri kita berjemur. Er... jangan lupa pakai sunburn sebelum kulit anda jadi udang bakar. hahahaha...



Sawah padi depan rumah. Kat sini la tempat aku berkubang time kecik dulu. Ops, bocor rahsia~ Ala, budak2.. Walaupun aku je perempuan yang dok gatal miang nak ikut sama.. tapi dapat gak mandi kat situ. Bila lagi nak rasa. Dah beso ni xdelah aku nak buat benda2 camtu lagi. Kat palong ni banyak ikan sepat dengan puyu. Sape2 yang mengidam nak makan ikan2 tu, ape kata anda datang menyauk kat sini. Gerenti puas hati!!!





Pemandangan yang indah... dulu2 kalau aku sakit hati dengan sesapa, aku datang sini dan jerit puas2. Sebab xde orang dengar pun kalau kita terpekik terlolong kat situ. Tapi sekarang dah x berpeluang lagi sebab dah tinggal kat Shah Alam. Rindunya nak kembali ke zaman kanak2...