JellyPages.com

Monday, March 19, 2012

FLIGHT FOR ALL!!!!

1. Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara. Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

2. Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.

3. Di mana bajunya bukan Pierre Cardin atau Kelvin Clein, dan setaraf dengannya tetapi kain putih kotton. Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana.

4. Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam. Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi selamanya. Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

5. Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonmi, sekadar kain yang diwangikan. Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan. Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelita.

6. Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan. Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

7. Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam. Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan. Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang.

8. Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan. Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

9. Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria. Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu.

10. Ya! Berita Baik!! Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!

11. Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

Friday, March 9, 2012

Secalit Kata...

Alhamdulilah.. Allah masih memberi peluang untuk aku terus bernafas hingga ke hari ini. sedar xsedar lagi 4 bulan aku akn habis pengajian di UiTM. xsabar rasanya. Masuk hari ni dah seminggu aku berada di perantaun.. walhal Kelantan je..

Berada di tempat orang xsama macam di negeri sndiri. Bak kata pepatah.. hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Seminggu berada di sini macam2 gelagat manusia yang aku lihat. Indah khabar dari rupa.. tp apepun, belajarlah menerima seadanya. Mungkin aku perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Berjauhan dengan keluarga apatah lagi sahabat membuatkan hati rasa gundah gelana. Xtahu macammane nak menempuh hari2 yang mendatang sendirian. Tapi inilah dunia. Setiap apa yang kita lalui perlu ditemani dengan sifat sabar yang tinggi...

Alhamdulillah.. permulaan hari yang baik insyaallah akn berkesudahan dengan baik. Ikhlaskan hati untuk mencari keredhaan-Nya nescaya Dia akan berikan yang terbaik untuk kita. Berdepan dengan maslah seharian membuatkan fikiran kita berserabut, apatah lagi kalau masalah itu berkaitan dengan perhubungan sesama manusia. Terima lah kelemahan diri masing2 denagn sikap terbuka. Kena tingkatkan kesabaran supaya dapat memadamkan api ketidak puasan hati dalam diri. Berhadapan dengan ragam manusia memang mencabar. Kadangkala orang yang kita kenal dan rapat di kelas belum tentu dapat menerima sikap kita bila tinggal sebumbung.. itulah yang terjadi. Di tempat kerja penuh dengan hilai tawa.. tapi bila di rumah, hanya hembusan nafas yang boleh di dengar. Mungkin di situ timbulnya ketidak persefahaman antara satu sama lain. Lumrah manusia yang tidak boleh melihat orang lain lebih berjaya. Apa yang perlu, rendahkan sifat amarah kita, tanamkan sifat tawaduk.. bersyukur dengan apa yang ada.. dan terimalah apa jua keadaan dengan hati yang redha. Mungkin itu rezeki dia, bukan rezeki kita.. Bersahabat bukan semudah ABC.. kena ada persefahaman yang tinggi, perlu ada keikhlasan diri untuk menerima buruk baik seseorang. Begitu juga bila kita berada di tempat kerja.. Perlu berbuat baik sesama rakan sekerja. Jauhkan diri dari sebarang fitnah yang boleh merosakkan prestasi kerja kita. Tapi sifat manusia yang tamak selalu membuatkan suasana di tempat kerja jadi huru hara. Tiada lagi senyuman di wajah bila sudah bermasam muka. Berdoalah semoga kita dijauhkan dari situasi tersebut.. Kalaupun terjadi, cubalah mencari jalan perdamaian dengan secebis kemaafan.

Melihat gelagat manusia seumpama itu, membuatkan aku rasa hilang semangat unuk bekerja. Tapi bukankah Allah telah menetapkan rezeki seseorang itu.. Kenapa hati tidak ceria?? Sebab kita tidak membelai hati dengan zikrullah.. Itulah sebaik2 penawar segala kesedihan dan kemurungan. Mungkin hari ini kita berjaya meraih gelaran jutawan berjaya.. tapi siapa yang tahu apa yang bakal terjadi ke esokkan hari. Adakah kita masih diberi peluang untuk bernafas atau Malaikat Maut sedang menunggu masa untuk menjalankan tugasnya. Wallahua'lam risawah.. Fikir2 kan lah. Apa yang kita kejar di dunia belum tentu kita bawa ke akhirat kelak.. Sediakan hari kita untuk bekalan di sana nanti.. Insyaalah.. Esok masih ada pelangi ynag indah untuk kita kecapi.. Tapi ingatlah.. janji Allah itu pasti terjadi...