JellyPages.com

Wednesday, December 9, 2009

DIALOG NABI MUHAMMAD SAW DENGAN IBLIS LAKNATULLAH..

Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan muka engkau ?"
Jawab Iblis "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w "Apakah rahsia engkau kepada umatku ?"
Jawab Iblis "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau ?" Jawab Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.

Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau ?"

Jawab Iblis "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka ?"
Jawab Iblis "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari.
Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.

Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“
Jawab Iblis "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu"

"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang"
Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT :

"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku".


Maka kata Iblis "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah "Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;

Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"


Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.


Rasulullah s. a. w. Bersabda :
"Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat"

Tuesday, December 8, 2009

11 GOLONGAN YANG DI DOAKAN MALAIKAT

  1. Orang yang tidur dalam keadaan suci
  2. Orang yang duduk menunggu waktu solat
  3. Orang yang berada di saf hadapan (bagi jemaah lelaki)
  4. Orang yang menyambung saf ketika solat
  5. Apabila seorang imam selesai membaca fatihah
  6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas solat
  7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
  8. Orang yang mendoakan kesejahteraan saudaranya tanpa pengetahuannya
  9. Orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah
  10. Orang yang sedang makan sahur
  11. Orang yang sedang menziarahi orang sakit

Monday, December 7, 2009

KELEBIHAN SEORANG WANITA…………



Duhai wanita ketahuilah bahawa dirimu amat bertuah.. Mengapa ada yang sedih dilahirkan sebagai seorang wanita. Bersyukurlah kita kerana Allah menjadikan kaum Hawa itu dgn begitu banyak keistimewaan.

KELEBIHAN SEORANG WANITA…………


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,




2.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,




3.Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,




4.2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,




5. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.




6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.




7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.




8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan

dipandang Allah dengan penuh rahmat.



9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.




10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.




11.Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.




12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.




13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.




14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.




15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.




16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.




17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.




18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.




19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.




20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.




21. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.




22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.




23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.




24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.




25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah




26. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."




27.. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.




28. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.




29. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.




30.. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.




31. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.




32. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.




33. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.




34. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.




35. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.




36. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.




37. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."




38. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.




39. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).




40. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.




41. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.




42. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.




43. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.




44. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT


Tuesday, November 24, 2009

AIDILADHA..ERTI SEBUAH PENGORBANAN.

Setiap tahun umat Islam menyambut hari raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban. Sambutan ini diadakan bagi memperingati sejarah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Kisah ini ada disebut di dalam al-Quran di mana Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s. Atas perintah tersebut Nabi Ibrahim akur untuk mengorbankan anaknya demi ketaatan kepada Allah SWT. Namun kemudiannya Allah SWT telah menukarkan Nabi Ismail dengan seekor kibas. Oleh kerana itu, pada setiap 10 Zulhijjah kita diwajibkan untuk berkorban bagi memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s.
Em, apa pula erti pengorbanan pada kita? Sebenarnya 'pengorbanan' itu luas maksudnya. Banyak benda yang kita boleh korbankan ke jalan Allah. Tidak semestinya dalam bentuk harta dan wang ringgit. Dari segi masa juga kita boleh korbankan untuk mengingati Allah. Setiap saat yang kita ada amat bernilai lebih-lebih lagi kalau di guna unuk beribadah.
Pengorbanan ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak amat tinggi nilainya. Sejak dari lahir hingga mereka dewasa terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan olek ibu bapa kita yang tidak dapat diukur dengan wang ringgit. Seorang ibu sanggup bertarung dengan maut saat melahirkn anak yang tercinta. Seorang ayah sanggup meredah kesusahan demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Tapi apa pula pengorbanan anak-anak untuk ibu bapanya? Sewaktu kecilnya ditatang bagai minyak yang penuh. Dibelai dengan penuh kasih sayang. Tapi bila anak sudah dewasa ibu bapa dijadikan hamba. Ada yang sanggup menghantar ke rumah orang tua dengan alasan tiada masa untuk menjaga mereka. Bukan itu sahaja, ada juga yang sanggup menganiaya malah membunuh demi kepentingan masing-masing. Itukah pengobanan kita untuk mereka? Tragis sekali dengan isu semasa yang berlaku kini. Buat anak-anak di luar sana...hargailah ibu bapa anda sebelum mereka pergi meningglkan kita buat selamanya.
Molek benar rasanya kita melakukan pengorbanan rohaniah bersempena dengan Aidiladha yang bakal tiba nanti. Tukarkan jiwa mazmumah kita dengan sikap mahmudah. Isilah sukma kita dengan madu kemanisan hidup pada Yang Esa. Cerita tentang pegorbanan mengingatkan ana pada kisah-kisah umat terdahulu. Sanggup berkorban harta dan nyawa demi mempertahankan agama Islam. Suci dan luhurnya hati mereka jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan jiwa kita.
Sebagai remaja kita tidak dapat lari dari perasaan berkasih sayang. Apa yang ana nak katakan disini adalah sanggupkah kita mengorbankan perasaan cinta dan sayang pada yang bukan haknya? Ramai remaja pada hari ini yang leka dengan perasaan sendiri sehinggakan tidak dapat menilai samada ianya cinta hakiki atau sia-sia. Ini turut mengingatkan diri ana sendiri. Sebagai manusia kita memang sudah dilahirkan dengan fitrah dikurniakan perasaan. Tapi mampu ke kita kawal perasaan tersebut. Cinta yang hakiki hanya pada Rabb dan rasulnya. Cinta yang suci adalah pada kalam Allah iaitu Al-Quran. Cinta sesama manusia pula lebih berhak diberi pada ibu bapa. Dan cinta yang terakhir pada alam iaitu makhluk ciptaan Tuhan selain manusia. Tapi sedarkah kita pada siapa cinta itu kita berikan... Kalau kita benar-benar mengikut apa yang Islam gariskan, tentunya kita akan mendapat cinta hakiki yang kita cari. Namun itulah yang sukar untuk kita praktiskan. Berkata memang mudah tidak seberat yang mengalami. Bukan senang untuk seseorang yang terjebak dengan cinta buta untuk mengorbankan perasaannya. Tapi jika seseorang itu benar-benar mahu berubah tidak mustahil untuknya. Ana teringat kata-kata seorang sahabat ana, "Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya tapi adakah mereka juga menyayangi Allah? Kalau dah sepenuh jiwa dan raga diberi pada pakwe mana nak letak cinta pada Allah. Bila ditimpa musibah mengeluh kata Allah tak sayangkan dia, tapi bagaimana pula maksiat yang dia buat? Lagi mendapat kemurkaan Allah..Tapi Allah tetap sayangkan hamba-Nya, masih memberi peluang pada mereka untuk bertaubat." Bila difikirkan, betul apa yang dikatakannya. Kita selalu lupakan Allah, apatah lagi bila bercouple..I love u, I miss u..asyik keluar berdating hari-hari. Tapi pernah tak kita tunjukkan cinta kita pada-Nya? Kita selalu tinggalkan Dia, tapi Dia tak pernah meninggalkan kita. Itulah tandanya Dia amat menyayangi kita. Dia yang ana maksudkan disini adalah Allah SWT.. Ana bukanlah seorang muslimah yang baik peribadinya. Tapi ana belajar dari kesilapan yang lalu. Banyak pengorbanan yang kita kena lakukan untuk mencapai kesempurnaan peribadi yang sejati. Apa yang lebih memeritkan bila kita terpaksa korbankan perasaan sayang yang sudah lama tersimpan dalam hati. Tapi setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bukankah Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik pada kita. Saban waktu Dia ada bersama kita untuk mendengar setiap suka dan duka kita. Jadi, tinggalkanlah jiwa kita yang lalu dan lakarlah corak hati kita yang baru. Hati manusia umpama sehelai sutera putih. Kalau baik maka putihlah ia sentiasa. Tapi kalau hati kita sentiasa inginkan keseronakkan dunia maka berubahlah warnanya. Sama-samalah kita memperbaiki diri ke arah peribadi yang mulia. Jihad ini amat besar maknanya apatah lagi dituntut dalam Islam yakni jihad binafsi.

Sunday, November 22, 2009

AL-QURAN SEBAGAI SAHABAT DALAM KEGELISAHAN

Seseorang yang beriman itu hendaklah mengetahui, bahawa kitab Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril, adalah merupakan roh hidayah dalam alam semesta ini dan yang telah merubah sejarah kemanusiaan, oleh kerana itu, antara orang yang beriman dan Al-Quran mesti ada hubungan yang kuat, dan tidak jemu untuk membaca dan memahami isi kandungannya. Sebab Al-Quran adalah merupakan tali yang menghubungkan antara Allah dengan hamba-Nya.

Al-Quran adalah kitab yang mulia, sebagai rahmat bagi alam semesta dan sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia. Hal ini terbukti sebagaimana firman Allah SWT:
“ Inilah kitab yang Kami turunkan kepada engkau, supaya engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang, dengan izin Tuhan mereka menunjukkan kepada jalan Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Terpuji. ”
(surah Ibrahim:1)

Di dalam Al-Quran telah dihimpunkan dasar-dasar kebaikan dan petunjuk untuk membangunkan kehidupan serta meletakkan asas ketenteraman di muka bumi ini:
“ Sesungguhnya Al-Quran ini memimpin kepada yang lebih benar.”
(Al-Isra’: 9)

Bagi seorang yang beriman, ia akan mengetahui bahawa Al-Quran mempunyai tugas kemanusiaan, baik untuk diri manusia secara peribadi mahupun untuk masyarakat umum, iaitu dengan mengarahkan manusia dengan cara yang sempurna. Disamping itu juga, Al-Quran adalah ubat yang hakiki bagi penyakit kegelidahan manusia. Al-Quran adalah jawapan yang benar bagi tuntutan manusia yang hakiki. Manusia tidak akan mengetahui hakikat kemanusiaanya dan tidak akan mengetahui jalan hidup yang lurus, kecuali dengan petunjuk Al-Quran:
“ Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu apa yang menjadi ubat dan rahmat untuk orang-orang yang beriman, dan tidaklah menambah bagi orang-orang yang zalim kecuali kerugian. ” (al-Isra: 82)

Al-Quran juga adalah merupakan undang-undang hukum Allah, yang menjelaskan tentang akidah seorang muslim, yang menegaskan tentang syariat Allah, serta mengarahkan manusia kepada peradapan yang tinggi. Justeru itu, membaca Al-Quran dan mengetahui akan maknanya adalah suatu kewajipan bagi setiap orang Islam, dengan jumlah yang tidak terbatas setiap selesai mengerjakan solat, sehingga seseorang itu tidak terputus hubungannya dengan sumber yang memberikan hidayah, serta tidak jauh dari sumber keimanan.
Rasulullah SAW bersabda :
“ Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan menerangkannya, lalu ia menghalalkan yang dihalalkan Al-Quran dan ia mengharamkan yang diharamkan Al-Quran, tentulah Allah akan memasukkan ia ke dalam syurga dan Allah memberi syafaat sebanyak sepuluh orang dari keluarganya, yang sepatutnya mereka itu wajib mendapat siksa neraka.” (HR.Tarmizi)

Orang Islam itu hendaknya wajib mengetahui, bahawa imannya itu tidak akan kuat, rohnya tidak akan tenang, kecuali bila ia mempunyai Al-Quran mahu membacanya dan memahaminya. Pada saat itulah peribadi seorang Muslim akan betul-betul kuat keimanannya, dan akan kelihatanlah budi pekerti yang diajarkan oleh al-Quran itu baik dalam ucapan juga perbuatannya.
Rasulullah SAW bersabda:
“ Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, bagaikan buah limau, harum baunya dan lazat buahnya.” (HR. Al. Khamsah)

Bagi orang yang membaca Al-Quran bukanlah hanya sekadar ibadah yang tidak ada buahnya atau pengaruhnya dalam kehidupan, akan tetapi Al-Quran dapat mengarahkan pembacanya dalam kehidupan, memberi gambaran tentang hakikat alam semesta, dan menerangkan cara berhubungan dengan sesama hamba Allah. Dengan demikian maka seseorang itu tidak akan hidup di atas dunia dengan mata tertutup dari petunjuk Allah, akan tetapi dia tidak mempengaruhi dan memperbaiki alam persekitarannya juga masyarakatnya.

Di sini pulalah bagi orang yang mempelajari Al-Quran itu akan mendapat hasil yang tidak ternilai harganya, sebab Al-Quran adalah ilmu yang mengarahkan kepada amal dan menunjukkan jalan yang paling lurus.

Oleh kerana itu, tidak pantaslah bagi seorang Muslim menjauhkan dirinya dari Al-Quran atau melupakannya. Al-Quran adalah sumber yang menghimpun seluruh hakikat Islam. Jika seorang Muslim memutuskan hubungannya dengan Al-Quran, maka akan keringlah sumber keimanan dalam dirinya dan hilanglah keindahannya.
Rasulullah SAW bersabda:
“ Sesungguhnya orang yang dipangkal lehernya tidak ada bekas bacaan Al-Quran, perumpamaannya adalah seperti sebuah rumah yang runtuh.”
( HR. Tarmizi)

“ Ditunjukkan kepadaku dosa-dosa umatku, maka aku tidak melihat dosa yang lebih besar daripada satu surah Al-Quran dan satu ayat daripadanya yang didatangkan kepada seseorang, kemudian ia melalaikannya."
(HR. Tarmizi& Abu Daud)

Alangkah agungnya Al-Quran dan patutlah bagi kita orang-orang Islam untuk memperhatikannya.

Bagaimanakah cara seorang Muslim membaca kitab Tuhan dengan sebenar-benarnya? Perlu diketahui, bahawa tujuan membaca Al-Quran adalah batin dengan nur Al-Quran dan harus disertai dengan perhatian yang sungguh-sungguh terhadap kandungannya, kerana yang demikian ini adalah merupakan ibadah yang memerlukan hati bersih dan akal yang sihat.

Membaca Al-Quran bukanlah hanya sekadar memperbanyakkan bacaan, tetapi hendaklah mengerti dan merenungkan terhadap sumber-sumber hidayah dari ayat-ayat tersebut. Justeru itu hendaklah di baca dengan hati yang khusyuk serta perhatian yang mendalam, sehingga seseorang itu dapat mengetahui betapa agungnya Al-Quran itu. Firman Allah:
“ Kalau Al-Quran Kami turunkan kepada sebuah gunung, sudah tentu engkau akan melihat gunung itu tunduk dan terpecah belah kerana takutnya kepada Allah. Itulah perumpamaan yang Kami buat untuk manusia, supaya mereka dapat memikirkan.”
(Al-Hasyr : 21)

Seorang Muslim itu tidak akan menjadikan Al-Quran sebagai nyanyian yang tiada erti, akan tetapi harus dapat membersihkanya dari perkara bermain –main. Kerana membacanya secara bermain-main adalah dosa besar, yang dapat merendahkan keagungan Al-Quran dan akan dapat menghalang nur Al-Quran untuk masuk ke dalam hati sanubari seseorang. Jika hati tidak dapat mengambil petunjuk dan hidayah dari Al-Quran, maka membacanya tidak akan mendapat manfaat yang besar.

Rasulullah SAW bersabda:
“ Bacalah Al-Quran supaya hatimu terpadu dengannya dan jika hatimu terpadu dengannya maka berdirilah daripadanya.” (HR. Bukhari & Muslim)

Bagi orang-orang yang beriman, mendengar bacaan al-Quran dapat menggetarkan hatinya serta bercucuran airmatanya sebagai bukti dalam hadis Rasuullah SAW:
“ Dari Abdullah r.a berkata, “Rasulullah SAW bersabda kepadaku, :Bacakanlah kepadaku,” aku berkata, “ Aku bacakan kepadamu dan kepadamu diturunkannya, hai Rasulullah?” Beliau bersabda, “ aku ingin mendengarkan dari orang lain.” Abdullah berkata: “Aku membacakan surah an-Nisa’ sampai ayat: “Bagaimanakah ketika kami datangkan kepada tiap umat seorang saksi dan engkau Kami jadikan saksi atas umat ini?” Beliau bersabda , “ Cukuplah”, maka aku melihat kedua matanya bercucuran air mata.”
(HR. Bukhari & Muslim)

Dari itu wahai wanita, janganlah biarkan masamu berlalu, sementara bacaan Al-Quran tidak pernah keluar dari bibirmu. Hiasilah rumahmu dengan bacaan Al-Quran sebab rumah yang tidak pernah didendangkan bacaan Al-Quran diumpamakan oleh Rasulullah seperti kuburan.

Friday, November 20, 2009

:::Salahuddin Al - Ayyubi : Pahlawan Teragung Islam:::

Posted by Basyirun Mubin

Salam...(^_^) Pernah tengok tak cerita Saladin ? Cerita animasi Malaysia yang berjaya memikat hati para juri di negara matahari terbenam tu..

Kenal tak siapa Saladin tu ?
Saladin dilahirkan pada 1138 di kalangan famili bangsawan Kurdish, Iraq dan dikatakan pada malam kelahirannya, bapanya Najm ad-Din Ayub mengumpulkan seluruh keluarganya untuk berpindah ke Aleppo, Syria.Di sana, bapanya berkhidmat dengan gabenor Turki yang berpengaruh, Imad ad-Din Zangi ibn Aq Sonqur.Membesar di Ballbek,Damascus.Saladin merupakan seorang remaja yang tidak begitu popular serta minatnya lebih cenderung kepada keagamaan berbanding ketenteraan.. Saladin digambarkan sebagai seorang remaja yang mulia akhlaknya serta beliau juga dikatakan berperwatakan lemah lembut. Karier rasmi yang pertama beliau adalah menyertai pasukan tentera di bawah bapa saudaranya seorang komander tentera, Asad ad-Din Sirkuh semasa pemerintah Damascus serta Aleppo iaitu Nur al-Din. Nur al-Din mengambil alih takhta ayahnya Zengi yang mangkat setelah terlibat dalam pertempuran Perang Salib antara kerajaan Jurussalem bagi menakluki Mesir.

Dalam ekspedisi ketenteraan terakhir bersama-sama bapa saudaranya, Saladin berjaya sampai ke dinding kota Kaherah, Mesir pada 2 Januari 1169. Pada 18 Januari, kehebatan tentera pimpinan Shirkuh dan Saladin menemui kemenangan sehingga bapa saudaranya dilantik sebagai Wazir sebelum meninggal dunia pada 23 Mac 1171.. Tidak lama selepas itu, Saladin dilantik sebagai Wazir kepada kerajaan Khalifah Fatimid yang terakhir degan gelaran al-Malik al-Nasir.Saladin atau nama sebenarnya Salah al-Din Yusuf ibn Ayyub memegang tampuk pemerintahan Mesir selepas kemangkatan Nur al-Din pd 15 Mei 1174.

Ketika itu Saladin berjaya menakluk Damascus serta bandar Syria yang lain lantas menjadikan Mesir sebagai tempat beroperasi. Saladin menuntut pemerintahan daripada kejatuhan kerajaan Fatimid yang telah lama memerintah Mesir. Saladin sama seperti Amr ibn Elias merupakan seorang tokoh yang mempunyai rekod yang amat baik serta sukar untuk dicari walau sekelumit kesilapannya. Malahan terdapat penganut Kristian yang mengaguminya sehingga terdapat mitos masyarakat Arab mengenai mengapa masyarakat Eropah tertarik kepadanya.Saladin dikagumi kerana sikapnya yg lemah lembut serta sopan santun terhadap sesiapa sahaja. Ada yang mengatakan terdapat kesatria yang mencontohi sifat lemah lembut dan sopan santun dari Saladin. Misalnya, semasa Perang Salib di Jurussalem pd 1009, kesatria membunuh seluruh penghuni kota sehingga seluruh Jurussalem bermandian darah. Apabila Saladin mengambil alih kota berkenaan pada 1187, beliau memberikan satu jangka masa kepada penduduk kota utuk berpindah serta menyelamatkan diri.Biarpun Saladin memusuhi kekuasaan pemerintahan Kristian, beliau diiktiraf sebagai pahlawan kesatria dlm puisi mengenai penjajahannya.

Hubungan beliau dengan King Richard 1 dari England yang berjaya ditumpaskan beliau pada 1191 amat baik walaupun berlainan kefahaman. Saladin menunjukkan sikapnya yang mulia dengan memberikan pertolongan peribadi semasa King Richard tercedera. Mengambil sunnah Nabi Muhammad s.a.w, Saladin amat menitik berat mengenai perniagaan dan perdagangan. Mengubah segala konsep kota Kaherah selepas pemerintahan Fatimid, Saladin mahukan pertahanan kota yang kukuh tetapi dalam masa yang sama memberikan kebebasan budaya serta berdagang dengan tiada keistimewaan bagi golongan tertentu.Walaupun memulakan karier di Mesir di bawah kerajaan Fatimid, beliau mendidik semula Mesir dalam mengamalkan kaedah sunni dan tidak menggunakan mata pedang ( hanyalah digunakan dalam keadaan terdesak sahaja ! )

Rekaan beliau yang paling terkenal adalah kota kubu Citadel yang masih boleh dilihat hingga ke hari ini. Sementara sumbangan beliau dalam seni bina masjid di mana pembelajaran agama dilakukan di sana.Saladin membawa masuk tenaga pengajar dari Timur bagi menguruskan sekolah barunya dan dalam masa 11 tahun, beliau membina 5 buah kolej serta masjid. Kolej berkenaan bukan hanya tertumpu kepada pelajaran agama tetapi juga pentadbiran, matematik, fizik dan perubatan.Pada 1182, Saladin meninggalkan Kaherah bagi Perang Salib di Syria buat kali terakhir sehingga beliau meninggal dunia di Damascus pd 1193...

MUTIARA KATA

Kutukan Kepada Peminum Arak

Ibnu Mas'ud r.a berkata: "Telah dilaknat (dikutuk) dalam meminum arak itu sepuluh orang. Yang memeras dan yang meminta diperaskan dan yang minum dan yang memberi minum, dan yang membawa dan yang dibawakan dan pedagang (penjual) dan dagangannya, dan penjual dan pembelinya . dan penanamnya.."

Jangan Mengatakan "Andaikan"..

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang yang lebih kuat imannya, lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari seorang mukmin yang lemah. Dan pada masing-masing ada kebaikan sendiri-sendiri. Rajin-rajinlah mengerjakan apa-apa yang berguna dunia dan akhirat,dan selalu minta bantuan kepada Allah, dan jangan lemah. Kemudian jika kau terkena sesuatu, jangan sekali-kali mengatakan: Andaikan saya berbuat begini nescaya terjadi begini. Sebaiknya kau harus berkata: Telah ditakdirkan Allah, dan Allah berbuat sekehendakNya. Kerana kalimat "Andaikan"hanya memberi jalan bagi laluan syaitan." (HR. Muslim)

Kepastian Masuk Syurga

Jabir r.a berkata: Seorang Badwi datang kepada Rasullullah s.a.w dan bertanya : Apakah yang dapat memastikan orang masuk syurga atau neraka itu? Jawab Nabi s.a.w : Siapa yang mati, tidak menyukutukan Allah dengan sesuatu apapun pasti akan masuk syurga. Dan siapa yang mati, menyekutukan Allah dengan sesuatu pasti akan masuk neraka." (HR. Muslim)

Kelebihan Berselawat Kepada Nabi s.a.w.

Ubai bin Kaab r.a berkata, adalah Rasulullah s.a.w. jika sudah berlalu sepertiga malam Baginda bangun dan bersabda: Hai sekalian manusia ingatlah kepada Allah, telah tiba yang menggetarkan hati, diikuti oleh berikutnya. Telah datang 'almaut' dengan segala risikonya, telah datang 'almaut' dengan segala kesukarannya. Saya bertanya: Ya Rasullullah, saya sering membaca selawat padamu, maka berapa banyak masa daripada waktu yang harus saya pergunakan untuk membaca selawat? Jawab Nabi s.a.w.: Sesuka hatimu. Saya berkata : Seperempat. Bersabda Nabi s.a.w. : Sesukamu dan kalau kau menambah lebih baik untukmu. Saya berkata: Separuh dari masa. Bersabda Nabi s.a.w Sesukamu dan jika kau menambah lebih baik untukmu. Saya berkata: Kalau demikian saya pergunakan semua waktuku untuk membaca selawat padamu. Bersabda Nabi s.a.w.: Kalau demikian keadaanmu akan dihindarkan segala kerisauan hatimu dan diampunkan dosamu. (HR. At-Termizi)