JellyPages.com

Sunday, September 15, 2013

KEUNIKAN CAP JARI

Cap jari adalah salah satu bahan bukti yang sangat berguna dalam bidang penyiasatan forensik. Ini kerana cap jari manusia adalah unik dan tidak akan ada persamaan dengan orang lain. Tidak seperti DNA yang mempunyai persamaan dengan kembarnya, cap jari seseorang itu hanya ada satu dalam berjuta-juta manusia dan tidak akan ada persamaan dengan yang lain. Ianya sesuatu yang sangat unik dan indah hasil ciptaan dari Yang Maha Esa.. 

Firman Allah di dalam surah Al-Qiyamah, ayat 3&4: 
qiyamah 3-4, ayat yang menceritakan cap jari manusia
"Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain)". (Al-Qiyamaah, 3-4)

Betapa hebatnya Allah menciptakan jari manusia sehinggakan tiada satu pun cap jari yang sama di dunia ini. Bukti berkenaan cap jari ini telah termaktub di dalam Al-Quran, namun rahsia keunikan ini hanya dapat dirungkaikan selepas 1000 tahun turunnya Al-Quran. Bermula pada tahun 1880 sehingga kini, cap jari telah dispesifikasikan sebagai pengenalan identiti individu secara saintifik terutama sekali dalam menyelesaikan kes-kes jenayah. 

Subhanallah...Maha Suci Allah..

Selamat Hari Malaysia

Happy Malaysia Day to all Malaysian!!!

Hari ini merupakan tarikh keramat bersempena dengan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Pada tarikh inilah persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah digabungkan di bawah satu payung negara yang dinamakan MALAYSIA.

Berikut merupakan kronologi penubuhan Malaysia:

TARIKH
PERISTIWA
27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik
23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.
Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah
18-20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak
6-7 Januari 1962
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur
17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.
9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia
(sumber: Portal Rasmi Arkib Negara)

Walau bagaimanapun, Singapura telah disingkirakan dari gagasan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Maka pada hari ini, tarikh penubuhan Malaysia hanya diraikan di persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung), Sabah dan Sarawak.