JellyPages.com

Monday, January 4, 2010

HAPPY NEW YEAR 2010

Assalamualaikum…


Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua warga Malaysia. Bersempena dengan kedatangan 2010 ini pasti ramai yang sudah menanamkan azam baru dalam diri masing-masing. Tak lupa juga diri saya.. Apa yang menariknya tahun ni bukan sahaja sambutannya yang meriah dengan percikan bunga api tetapi juga dengan fenomena gerhana bulan separa.


Tapi dalam kegembiraan kita menyambut tahun baru ni, adakah jiwa kita masih mengingati Tuhan? Khususnya pada umat Islam, masih adakah lagi iman dalam diri mereka? Dalam keriuhan hiruk pikuk konsert ambang tahun baru, berapa ramaikah yang pergi ke masjid negeri untuk bejemaah solat sunat gerhana? Dalam masa tiga hari ni, berapa banyak kes khalwat dan jenayah yang terpampang di dada akhbar dan televisyen. Itu belum lagi dengan kemalangan jalan raya yang meragut ratusan nyawa manusia.


Sedarkah kita dengan apa yang berlaku disekeliling kita? Tercapaikah matlamat Negara selaras dengan wawasan 2020 kalau semakin hari sikap manusia berubah kearah keburukan. Negara sudah semakin maju tapi bagaimana pula dengan pemikiran kita? Terlalu maju atau masih ditakuk lama sehinggakan kita sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan akidah kita. Tidak perlulah kita memandang jauh, cukup dengan persekitaran kita boleh lihat fenomena keruntuhan akhlak manusia. Lesbian dan gay berleluasa, anak luar nikah dibuang merata, peluk cium antara lelaki dan perempuan jadi adengan biasa. Dimana letaknya harga diri seseorang hamba itu? Ramai yang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan ajarannya. Dimana kewarasan kita?


Saya turut mengingatkan diri saya sendiri agar lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu. Bukankah Allah SWT telah mengurniakan akal kepada manusia? Satu anugerah yang tidak ternilai tapi kita mensia-siakannya. Orang kata fikir dulu sebelum bertindak. Jadi, fikir-fikirkanlah apa yang berlaku….

Masa yang Allah pinjamkan untuk kita di dunia ni cuma sekejap. Carilah segala keberkatan yang ada sebelum Dia ambilnya kembali dari kita. Sekadar mengingatkan yang lupa, seperti firman Allah dalam surah Al- Asr :



Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan melakukan amal soleh, dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran.

No comments:

Post a Comment