JellyPages.com

Friday, January 22, 2010

Hikmah di sebalik musibah..

Assalamualaikum...

Hiba rasanya hari ni.. Tah dimana silapnya dompet saya tercicir ketika sedang menunggang motor. Pada mulanya saya tak sedar pun dompet hilang, sampailah masa kat trafik light. Tergamam juga masa tu. Dahla semua dokumen penting ada dalam tu. Gelap rasanya pandangan ni. Nak menangis pun ada time tu.. Hanya tuhan je yang tahu perasaan saya ketika itu.
Dengan berbekalkan wang sebanyak RM10, saya gagahkan juga diri untuk menghadiri kuliah. Bila difikirkan sedih juga tapi apa nak buat. Kecuaian sendiri tak boleh nak salahkan orang lain. Hilang mood nak belajar..jangankan tengok buku, nak makan pun tak lalu.. Apa la malang nasib hari ni. Balik je dari kampus saya rebahkan diri sambil fikirkan kembali peristiwa yang berlaku pagi tadi. Mungkin ini dugaan untuk menguji sejauh mana kesabaran saya. Disaat saya betul-betul perlukan wang untuk beli buku dan keperluan lain, masa ni lah nak jadi. Sebenarnya saya tak kisah pun kalau duit yang hilang, tapi yang sedihnya kad pengenalan, kad atm bank termasuklah lesen memandu juga lesap tak dapat diselamatkan. Letih juga sepetang tadi menguruskan pembaharuan kad pengenalan baru. Sedetik je teringat dompet kesayangan hilang terasa bergenang air mata. Ya Allah, apa lah silap aku hari ni??

Apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Kita kena bersangka baik dengan setiap ketentuan yang berlaku tidak kira ianya baik atau buruk. Seorang ustaz pernah berkata pada saya, tahukah kita setiap kesusahan yang menimpa kita Allah gantikan dengan nikmat yang berlipat ganda. Jadi janganlah kerana sesuatu perkara buruk berlaku atas diri kita, kita terus salahkan takdir dan putus asa. Baru sebentar tadi saya dihubungi oleh seorang perempuan yang menjumpai dompet saya... Alhamdulillah,syukur.. Rasa tak terkira gembiranya. Lihat, betapa Allah sangat menyayangi hambanya. Sesungguhnya kesabaran yang tinggi akan dibalas dengan sesuatu yang lebih istimewa. Terharu rasanya. Sebak dada bila memikirkan yang selama ni saya sering alpa dalam mengingati Allah tapi bila saya susah Dia jugalah tempat saya mengadu.



Ingatlah wahai manusia sekalian... Jagalah Allah nescaya Allah akan menjaga kamu...

1 comment:

  1. Satu cerita untuk renungan bersama. Seorang wanita bercinta dengan seorang lelaki dan berdoa semoga dia dapat mengahwini lelaki ini kerana kealimannya. Akhirnya apabila masa berlalu keluarga si wanita itu mengahwinkan dia dengan seorang saudagar. Betapa hancurnya hati wanita itu. Akhirnya berkahwinlah dia dengan lelaki itu dan lelaki itu berjaya mebahagiakannya. Beberapa tahun kemudian si wanita itu mendapat cahaya mata dan dia berdoa kepada Allah 'Ya Allah, sesungguhnya engkau tidak pernah memberikan apa yang aku minta dari pada mu, tetapi aku tidak akan pernah kecewa untuk meminta daripadamu. Hari ini aku ingin meminta daripada mu, kau panjangkanlah usia daku sehingga aku dapat melihat cucuku"..

    Lalu terdengarlah ketukan dari pintu rumah wanita itu dan apabila di buka muncullah seorang wanita tua di sana. Betapa gembiranya perempuan itu kerana melihat seorang wanita yang di panjangkan umur oleh Allah lalu di jemput perempuan itu ke dalam rumah. Di hidangkan makanan kepadanya dan perempuan itu melihat bagaiman kasihannya si wanita tua itu untuk mengambil makanan lalu dia bertaubat.

    Perempuan tua itu berkata kepadanya "sebenarnya aku di utuskan oleh Allah untuk memberitahu kepadamu bahawa lelaki yang ingin kamu kahwini dulu adalah seorang perompak yang merompak pada waktu malam. kerana itulah ia asyik bangun malam. Jadi Allah hadiahkan kepadamu dengan insan yang lebih baik yakni suamimu dan kamu meminta untuk di panjangkan umurmu sedangkan mungkin oleh sebab Allah panjangkan umurmu akan menyusahkan dirimu dan orang yang menjagamu"

    Dan ingatlah, barangkali kamu fikri sesuatu itu baik kepadamu sedangkan ianya buruk kepadamu dan barankali kamu fikir sesuatu itu buruk kepadamu sedangakan ianya tidak. Dan ingatlah Allah lah yang maha mengetahui..

    Moga kisah ini menjadi pengubat kepada kesedihan di hati

    ReplyDelete