Teman,
Terima kasih kerana sudi mengenaliku, mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Terlalu rapuh rasanya buih bicara terima kasih jika nak dibandingkan dengan kesabaran kalian dalam melayani karenah aku yang macam kanak-kanak ni. Masa pantas berlalu meninggalakan memori yang cukup indah untuk kita semua kenangkan. Bagi aku, tiada apa yang lebih berharga dari persahabatan yang terbina erat di lubuk hati masing-masing. Walaupun acap kali kita berselisih pendapat yang kadangkala menimbulkan kemarahan tapi semua itu hanya sekadar asam garam kehidupan yang mengajar kita erti sebuah ikatan ukhwah yang sejati. Biarpun aku selalu buat mimic muka dan perbuatan yang rasanya menguji kesabaran kalian, tapi kita tetap bersama. Sepanjang aku mengembara dalam mengejar ilmu, ramai kenalan yang ditemui. Tapi manakan sama dengan kalian yang senantiasa menjadi penawar hati. Setiap saat yang berlalu membuatkan aku rindu untuk berkumpul kembali ibarat sebuah keluarga bahagia. Mungkin aku terlalu egois dalam setiap perkara, tapi aku cukup menyayangi kalian. Di mana sahaja kalian berada, ingatilah aku sebagai seorang teman. Mungkin tak terbalas kesabaran yang di taburkan, hanya doa yang dipanjatkan agar setiap pengorbanan itu di beri ganjaran yang tinggi oleh Allah.. Aku hanya insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan. Antara sedar atau tidak itulah realitinya. Bukan senang nak mencari sahibus samahah yang diimpikan, tapi aku cukup gembira dengan apa yang ada. Telatah yang sering mencuit hati, kadangkala memberi aku inspirasi dalam meneruskan perjuangan ini. Harapanku, moga kalian berjaya dengan rahmat dari-Nya. Aku tetap sematkan kalian jauh di ufuk sanubari, biarpun roh bercerai dari jasad takkan ada yang boleh menggantikannya. Dikaulah sahabatku dunia dan akhirat…
Ya Rabb,
Umur ini hanya pinjaman dariMu yang entahkan esok Kau ambilnya kembali. Aku hanya hambaMu yang lemah, mengharapkan secangkir kasihMu yang Maha Agung. Aku memohon keampunan di atas segala kekhilafanku dalam mengembara di dasar dunia yang fana. Lumrah seorang insan yang sering alpa pada tugasnya, kadangkala hilang arah dalam mencari nur kasih yang hakiki. Indahnya dunia ini mengaburi pancainderaku hinggakan aku terpana dalam mencari keredhaanMu. Mudahnya hati ini dicemari noda-noda yang menjerat aku dalam kancah yang hina. Entah dimana silapnya aku terlangkah di
No comments:
Post a Comment