JellyPages.com

Thursday, August 19, 2010

Ihya Ramadan..

Ahlan wasahlan ya Ramadan, ilalliqa' ya Sya'ban


Assalamualaikum...


Hari ni dah 10 Ramadan, sedar xsedar dah 10 hari umat Islam berpuasa. sekejap je masa berlalu... Rasa dah nak raya plak. Tapi puasa kali ni lebih bermakna sebab masa yang ada terisi dgn perkara yang berfaedah. Hai... penat jg puasa kali ni. Dah la kelas pack. Tapi nasib baik lecturer memahami, so slalunya kitorg dibenarkan pulang awal. Bagusnya...

Sepanjang 10 hari ni, macam2 perkara yang berlaku. Bulan Ramadan yang mulia ni pun masih ada yang tak tahu nak menghayati, apatah lagi nak ambil peluang dgn rahmat Allah yang berlipat kali ganda. Setiap kali balik dari kuliah tak kan terlepas dari terpandang adengan romantik pasangan couple. Tak kisahlah kat tepi tasik ke, tepi jalan, tepi longkang pun ada. Hai ler makcik.... dah tak ada port lain ke nak dating sampai tepi longkang yang busuk tu pun korg sanggup nak duduk. Apalah nak jadi dengan remaja zaman skrg ni... Kadang-kadang timbul juga niat jahat nak kenakan mereka2 ni, tapi fikir balik tak baik pula bulan mulia ni nak mendajal orang. Tapi fikirlah sendiri, apa guna Allah kurniakan akal kalau tak nak berfikir. Kalau umur setahun jagung tak pe juga, ni dah jadi bapak mak orang pun still tak sedar diri lagi. Orang lain pun bercinta juga tapi tak lah sampai nak berkepit 24 jam. Time couple memang semuanya indah belaka, tapi bila dah clash nanti baru taw azab nya. Belum lagi yang loving2 tergadai body... alamatnya makin bersepah lah bayi kat merata tempat.
Nauzubillahiminzalik...

Dari anda berdating tak tentu pasal lagi baik lah anda ajak pasangan anda tu ke masjid atau surau untuk menunaikan solat tarawikh. Ha, kan berkat tu. Ini dahlah solat yang wajib pun entah kemana, apa lagi nak buat tarawikh dan amalan sunat yang baik. Ingat, puasa ni bukan menahan lapar dan daharga saje tapi kena tahan nafsu juga. Rasanya amalan berbuka puasa tu dah jadi macam pesta untuk berdating. Di mana saja akan ada pasangan belangkas ni. Dah tak tahu macam mana lagi nak pisahkan orang2 macam ni.

Ambil lah kesempatan yang ada ni untuk kumpul amalan kita buat bekalan di akhirat kelak. Umur kita bukan panjang pun, entah esok lusa Allah tarik balik nyawa yang dipinjamkan tak ke kita rugi. Semasa hidup kita tak beringat, nanti di alam barzakh kita juga yang kena azab. Jadi sebelum roh berpisah dari jasad, banyak2 kan lah amalan mulia. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut akal juga yang selamat..Sesiapa yang terasa tatkala membaca nukilan ni harap maaf lah ye. Saya sekadar memberi ingatan pada sesiapa yang lupa. Itulah yang Allah firmankan dalam surah Al-Asr...

Sementara ada 20 hari lagi ni, cepat2 lah kita berubah ke arah kebaikan. Tingkatkan amalan, kurangkan kejahilan. Semoga kita sama2 mendapat rahmat dan keampunan dari-Nya...

wassalam.

No comments:

Post a Comment