JellyPages.com

Friday, March 11, 2011

Sedetik Bersama...

Wah, lamanya x update blog nih... I'm busy with the assignment and proposal project. Lagi setahun nak habis degree.. tak sabar rasanya. Tapi di tahun2 akhir ni macam2 hal berlaku. Terlalu banyak dugaan yang perlu ditempuh. Bulan depan dah kena present proposal projek. Nervousnya... jangan la lecturer tanya macam2. Ya Allah, berilah aku kekuatan..

Rasa kejap je masa berlalu. Pejam celik dah 3 tahun aku tinggalkan bangku sekolah. Tapi rasa macam seolah2 baru je semalam. Sangat rindukan zaman tu. Sampai termimpi2. Itulah, masa sekolah main je. Sekarang dah menyesal. hehehe.. Tapi banyak kenangan kat sana. I like..

Apa perancangan lepas ni?? Fikir2 nak sambung belajar master, tapi Insyaallah kalau ada rezeki. Kalau takde, carilah kerja. Timba pengalaman dulu baru sambung master. Target nak sambung kat oversea... tapi nak stabilize kan pointer tu sangat susah. Nazak juga nak naik kan pointer yang dah jatuh tersungkur. Nasib baik semester lepas ok. Alhamdulillah, ada juga peluang nak naikkan cgpa. Tapi sebab sem 2 agak teruk jadi terpaksa kena pulun sakan untuk 3 sem lagi ni. Macam lecturer kata, 2 sem ni senang nak dapat dekan sebab semuanya bergantung pada projek. Tapi, subjek lain pun killler macammana nih... So, nak capai cita2 pergi oversea tu kena lah banyak bersabar, usaha, buang sikap malas, kurangkan tidur... dan yang paling penting, dekatkan diri dengan-Nya.

Cakap pasal ni, sekarang dah kurang masa nak join usrah. Bukan tak nak joint tapi masa terlalu singkat. Kadang2 rasa bersalah pada kakak2 senior, selalu ajak tapi kelas habis malam. Rasa letih sangat sekarang. Dengan kerja yang berlambak2. Tapi dah belajar, kena lah pandai bahagikan masa. Semua orang kata aku ni dah makin sosial.. tapi sebenarnya aku tak rasa macamtu. Kenapa?? sebab kalu aku sosial mestilah aku masuk menari, lepak2 kat luar malam2, pergi befoya2 dengan lelaki. Tapi aku tak buat pun semua tu. Paling tak pun masuk sukan sukol je. Kalau menari pun dengan budak2 rumah. Pergi tengok wayang pun dengan family, jarang nak keluar dengan kawan.. tu pun kawan perempuan. Sebab tak join usrah je orang dah kata macam2. Walhal kelas aku pack, macammana aku nak joint. Kalu 1 hari ada 48 jam tak apa juga. Memang sangat letih. Nak buat proposal projek lagi, study lagi. Kadang2 sampai menangis sebab terlalu penat. Tapi orang tak nampak semua tu. Yela, rumah anda dekat dengan fakulti. Kolej lagi la kat dalam je. Cuba lah anda jadi saya, pergi balik rumah macam nyawa di hujung tanduk. Berperang dengan pengguna jalan raya yang lain. Dahlah orang shah alam ni bawa kereta macam nak race je, tak reti nak bagi signal. Kami2 yang naik 2 tayar ni juga yang jadi mangsa. Baru kelmarin tengok accident yang sangat ngeri, sampaikan menggigil nak bawa motor ke kampus. Dugaan2...

Dah lama tak contact sahabat2 yang lain. Tau, diorang busy.. Tapi tak pernah lupakan mereka. Hope diorg juga berjaya graduate dengan cemerlang. So, boleh la sambung master sama2. Huhuhu... saya sangat rindu pada anda semua.



Ukhwah yang kukuh terbina,

persis sekuntum bunga yang mekar,

meskipun kini kita terpisah demi kasih-Nya,

namun cebisan kenangan kita,

sentiasa bermain di bayangan mata,

detik waktu yang berlalu,

menjadi memori kau dan aku,

sewaktu kita bersama,

saling setia menimba ilmu,

tanpa mengenal erti penat jemu,

ingatkah kau lagi,

kita bersama memijak onak duri,

di tanah gersang mengutip semangt suci,

kini segalanya tersurat dalam sanubari..

Bersabarlah dengan ketentuan-Nya,

ada rahmat yang tersembunyi,

bertemu berpisah kerana Allah,

lumrah kehidupan orang beriman,

moga saat yang indah berulang lagi...



No comments:

Post a Comment