JellyPages.com

Tuesday, May 10, 2011

Diari hati

Selamat kembali Wardah..Hari ke 2 cuti semester...

Perasaan time ni macam ABC, bercampur baur antara sedih, bosan, tah ape lagi. Belum pun cuti aku dah buat something wrong pada mereka. Tahla, actually aku terasa hati dgn apa yg berlaku. Aku tahu bukan salah diorang pun. Tapi aku terasa sgt2 kecewa sampaikan dah hilang rasa nak enjoy time cuti ni. Xde feeling lgsg...

Sejak 3 tahun ni byk perkara dah berubah.. manusia, environment.. sampaikan aku sendiri pun rasa seolah2 xjejak di alam realiti. Susah sgt ke nak terima kenyataan?? kenapa hati ni degil sgt nak dengar impulse dari otak. Sampaikan dah krem pituitary gland ni nak secret hormon je. Aku dah penat la. Buat hati yang dikasihi, dengarlah kata sahabatmu, si minda kerana dia yang lebih arif membuat penilaian. Sudah2 la nak bersifat sentimental. Penat tuan kamu ni nak layan,. Tah ape kena dgn kamu ni, asyik nak sedih je. Cuba smile!!! kan comel tu.

Hem.. tah nak cerita dari mana pun aku xtahu. Letih minda ni nak berfikir. Kejutan yang meragut segala urat sendi yang menjalar dalam tubuh ni. Saat tu hanya DIA yang mengetahui betapa peritnya luka yang terpalit di sanubari ni. Ya Rab, berilah aku kekuatan untuk aku tabah melalui perjalanan hidup ni. Tegarkan hati ini untuk mencari redha-Mu..

Wani, KD, Shafiah.. sahabatmu ni menyusun 10 jari atas segala keterlanjuran di ats kekhilafan diri. Sebagai seorang insan yang tidak sempurna, sukar sekali untuk aku menerima tamparan yang cukup hebat ni. Sampaikan terdetik dalam hati, kenapa Allah xpernah mendengar suara hati ini?? Astaghfirullah... aku terlupa yang aku ni hanyalah hamba padanya. Hati yang walang cukup menguji keimanan diri. Sampaikan tegar sekali aku meletakkan kesalahan pada sang Pencipta. Ya Allah, ampunkan kekhilafan diri ini.. Pada sahabatku, aku terasa berdosa menyakiti hati kalian. Walhal kalian dah banyak meniupkan semangat dikala diri ini ditimpa kesusahan. Maaflah kerana terlalu mengikut kata hati yang terbisik oleh kata2 si iblis yang durjana. Aku tetap menyayangi kalian sebagai sahabatku.

Ya Allah, waktu ini aku terfikir setiap kesalahan yang tersandar di bahu ini. Sebagai manusia aku tidak terlepas dari perasaan halus ini. Susahnya untuk bernafas dalam jiwa hamba yang lemah. Sukar sekali untuk aku mengerti gerak permainan dunia ini. Sebagai sahabat, aku telah cuba sedaya upaya memenangi hati mereka.. tapi apakan daya, mereka tetap juga pergi. Sedih rasanya hati ini bagaikan dicucuk sembilu yang tajam. Saat ini mengetahui mereka telah dikurniakan pengganti diri ini... bermakna diri ini tidak lagi layak untuk menyempurnakan diri mereka. Waktu pertama kali mata ini membaca, terpana seketika. Lidah terasa kelu, darah seakan berhenti mengalir. Terhenti seketika jantung menjalankan tugasnya... hanya air mata penawar kesakitan yang ada. Saat ini aku sudah tidak mampu untuk meluahkan dengan kata2. Seakan terkunci untuk kesekian kalinya. Biarlah tangan yang pantas mencoretkan segala yang terbuku di dada. Pada mulanya sukar sekali untuk aku menerima segala ketentuan-Mu. Namun aku sudah mulai mengerti. Aku hanya mampu merancang, hanya DIA yang menentukan. Sesungguhnya perjanjian itu telah termetrai sebelum aku lahir ke dunia lagi. Biarpun cinta yang dianugerahkan ini terbuang sepi, namun aku tetap menyayangi mereka sebagai sahabatku. memandang ke langit ciptaan-Nya yang indah membuatkan hati ini hiba. Saat mata ini terpejam, bagaikan roh ditarik ke alam fantasi, aku melakar memori yang indah bersama sahabat2 yang tercinta. Biarpun hanya mimpi yang tersulam, namun cukuplah menjadi penawar kesepian diri. Pastinya belum cukup iman di dada untuk aku terasa damai menerima suratan Ilahi. Namun, doa yang dipanjatkan tak pernah putus supaya Allah memberikanku petunjuk ke jalan yang benar. Mengertilah kini, gadis yang pernah melalui liku2 kehidupan bersama tidak lagi diperlukan. Bermakna khidmatku sebagai teman telah terbatal dengan sendirinya. Walaupun jiwa ini dirobek2 dengan racun kekecewaan, namun ku tabahkan diri untuk melangkah jauh mencari kebenaran yang hakiki. Sesungguhnya Allah telah menetapkan hidup seseorang itu dari segi rezekinya, ajalnya dan jodohnya. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Satu saat nanti pasti Allah akan mengurniakan aku seorang teman yang menjadi pembimbingku kelak. Namun, jauh disudut hati cinta seorang sahabat itu tetap utuh dunia dan akhirat. Insyaallah...



No comments:

Post a Comment