JellyPages.com

Thursday, September 24, 2009

Seindah Lebaran Di Pagi Syawal

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, dalam keriangan menyambut syawal ni sy ingin berkongsi sedikit kisah buat teman2 moga menjadi pedoman. Seminggu sebelum raya sy bersama seorang teman menyewa sebuah teksi untuk pergi ke satu tempat. Maklumlah, time tu da terdesak sgt. Da x fikif budget. Yg penting cepat sampai. Tgh kami leka2 berangan tiba2 pakcik driver teksi tu bersuara. Membuka kisah yg pd sy cukup menyedihkan..

Pakcik ada anak lelaki sulung tapi da lame dia xbalik raya. Bukan raya je, hari biase pn xpernah nak datang jenguk kami mak ayah kat sini. Pakcik xmarah kat dia cme rasa kecewa je. Dulu mase kecil, pakcik jaga dia dgn penuh kasih sayang. Apa yg dia nak pakcik bagi sampai la dia keje. Xpernah pakcik marah dia. Tapi bila dia da keje dpt gaji besar, kahwin dgn anak org kaya xpernah skali dia balik.. Ni ke balasan yg pakcik dapat? Da la duit xpenah kirim, adik2 dia ramai lg. Ada yg bersekolah. Pakcik ni da tua. Tah esok lusa pakcik mati. Setakat bawa teksi byk mane la pakcik dapat...

Sy terkedu mendengar ceritanya. Sy lihat matanya merah. Ada linangan airmata yg cb ditahan drp jatuh menitis. Kasihan sungguh..Sy berfikir,knp anak2 zaman skrg da xkenal ibu bapa sendiri. Sy teringat kluarga sy.Mak sy..Mudah-mudahan sy terhindar dr perkara spt itu. Buat anak2 di luar sna. Sayangilah ibu bapa kita sementara mereka masih ada. Jgn sia2 kan hidup mereka dgn kesedihan. Isilah hari2 terakhir mereka dgn kegembiraan. Bila sy memikirkan hal ni hati sy terusik. Dlm kita ketawa ring berhari raya pasti ada insan2 yg berduka menyambut lebaran tanpa orang2 yg disayangi. Bersyukur lh kita yg masih diberi kesempatan untuk bersama2 menyambut Aidilfitri bersama kluarga tercinta. Saat takbir raya berkumandang di pagi Syawal, hati sy sayu mengingatkan arwah ayah. Dulu masa dia hidup sy xpernah nak hormati dia. Bl raya sy buat hal sendiri.. Tapi bila Allah dah ambil dia kembali barulah sy terasa kehilangan yg teramat sgt. Rindu nak menatap wajahnya. Mujur sy masih ada ibu.. Sy tekad untuk menjaga dia dgn baik. Sy mula menyedari kesilapan sy. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa2 sy yg dulu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..

Al- Fatihah...

No comments:

Post a Comment