Bila pejamkan mata, setiap perkara yang berlaku akan diulang tayang seolah2 baru seminit yang lalu berlaku. Inilah penyakit hati yang aku alami. Walaupun semua tu dah lama berlaku, tapi aku masih xmampu nak membuang setiap panorama yang bermain dalam benak fikiran. Kalau dalam setahun ada 365 hari, dalam 10 tahun?? Mungkin itu kelebihan aku... dapat mengingati setiap saat yang berlalu.. dan juga satu kelemahan... sebab tak berdaya nak memanipulasikan ia sebagai cabaran hidup. Ya Allah... betapa lemahnya aku ni....
Setiap saat aku berfikir, di manakah titik pengakhiran kotak memori ni. Macam cerita animasi... tapi itulah realiti hidup manusia. Atau sinonim dikatakan sejarah hidup.... sejarah yang sifatnya akan diulang-ulang. Memang betul kata pujangga, hidup manusia ni ibarat sebuah roda.. ada masa di atas dan ada masa di bawah. Setiap dugaan hidup akan dirasai oleh semua manusia, ibarat putaran roda yang tiada hentinya. Sungguh pun ianya amat menyakitkan, tapi itulah yang dijanjikan Allah sejak di Lauh Mahfuz lagi. Percaya pada ketentuan- Nya kerana DIA yang lebih mengetahui setiap sesuatu yang berlaku.
Doaku...
semoga setiap yang berlaku
akan mendapat keredhaan-Nya..
aku hanya insan yang lemah
sering alpa dengan nikmat dunia
namun jauh disudut hati
aku mengharapkan hidayah
yang mampu membuka kembali
sinar iman dihati ini
jauh disudut hati
aku mencari cinta yang hakiki
yang menjadi nur disetiap ceruk hidup
aku terasa sunyi
kesunyian yang tak tergambar di wajah
tapi aku percaya dengan setiap firman-Nya
sesungguhnya DIA sentiasa bersama hambanya
cuma aku yang x merasakan
kerana diri ini
telah dikaburi dengan noda yang bernanah...
Ya Rabb...
Aku memohon keampunan Mu
Semoga diri ini mendapat hidayah dari Mu...
Aku insan yang hina
mengharap secangkir nur iman
yang menjadi pendinding dan pedoman
dalam aku melalui hidup ini...
Jauhkan segala kelalaian ini dari hati
hilangkan segala bayangan ini dari minda
bukan dia yang aku pinta
kerana dia adalah milik Allah
siramilah hati ini
dengan nur kasih Mu
agar aku dapat meneruskan perjuangan
mencari rahmat dan keberkatan Mu....
No comments:
Post a Comment