Tuesday, November 24, 2009
AIDILADHA..ERTI SEBUAH PENGORBANAN.
Em, apa pula erti pengorbanan pada kita? Sebenarnya 'pengorbanan' itu luas maksudnya. Banyak benda yang kita boleh korbankan ke jalan Allah. Tidak semestinya dalam bentuk harta dan wang ringgit. Dari segi masa juga kita boleh korbankan untuk mengingati Allah. Setiap saat yang kita ada amat bernilai lebih-lebih lagi kalau di guna unuk beribadah.
Pengorbanan ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak amat tinggi nilainya. Sejak dari lahir hingga mereka dewasa terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan olek ibu bapa kita yang tidak dapat diukur dengan wang ringgit. Seorang ibu sanggup bertarung dengan maut saat melahirkn anak yang tercinta. Seorang ayah sanggup meredah kesusahan demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Tapi apa pula pengorbanan anak-anak untuk ibu bapanya? Sewaktu kecilnya ditatang bagai minyak yang penuh. Dibelai dengan penuh kasih sayang. Tapi bila anak sudah dewasa ibu bapa dijadikan hamba. Ada yang sanggup menghantar ke rumah orang tua dengan alasan tiada masa untuk menjaga mereka. Bukan itu sahaja, ada juga yang sanggup menganiaya malah membunuh demi kepentingan masing-masing. Itukah pengobanan kita untuk mereka? Tragis sekali dengan isu semasa yang berlaku kini. Buat anak-anak di luar sana...hargailah ibu bapa anda sebelum mereka pergi meningglkan kita buat selamanya.
Molek benar rasanya kita melakukan pengorbanan rohaniah bersempena dengan Aidiladha yang bakal tiba nanti. Tukarkan jiwa mazmumah kita dengan sikap mahmudah. Isilah sukma kita dengan madu kemanisan hidup pada Yang Esa. Cerita tentang pegorbanan mengingatkan ana pada kisah-kisah umat terdahulu. Sanggup berkorban harta dan nyawa demi mempertahankan agama Islam. Suci dan luhurnya hati mereka jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan jiwa kita.
Sebagai remaja kita tidak dapat lari dari perasaan berkasih sayang. Apa yang ana nak katakan disini adalah sanggupkah kita mengorbankan perasaan cinta dan sayang pada yang bukan haknya? Ramai remaja pada hari ini yang leka dengan perasaan sendiri sehinggakan tidak dapat menilai samada ianya cinta hakiki atau sia-sia. Ini turut mengingatkan diri ana sendiri. Sebagai manusia kita memang sudah dilahirkan dengan fitrah dikurniakan perasaan. Tapi mampu ke kita kawal perasaan tersebut. Cinta yang hakiki hanya pada Rabb dan rasulnya. Cinta yang suci adalah pada kalam Allah iaitu Al-Quran. Cinta sesama manusia pula lebih berhak diberi pada ibu bapa. Dan cinta yang terakhir pada alam iaitu makhluk ciptaan Tuhan selain manusia. Tapi sedarkah kita pada siapa cinta itu kita berikan... Kalau kita benar-benar mengikut apa yang Islam gariskan, tentunya kita akan mendapat cinta hakiki yang kita cari. Namun itulah yang sukar untuk kita praktiskan. Berkata memang mudah tidak seberat yang mengalami. Bukan senang untuk seseorang yang terjebak dengan cinta buta untuk mengorbankan perasaannya. Tapi jika seseorang itu benar-benar mahu berubah tidak mustahil untuknya. Ana teringat kata-kata seorang sahabat ana, "Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya tapi adakah mereka juga menyayangi Allah? Kalau dah sepenuh jiwa dan raga diberi pada pakwe mana nak letak cinta pada Allah. Bila ditimpa musibah mengeluh kata Allah tak sayangkan dia, tapi bagaimana pula maksiat yang dia buat? Lagi mendapat kemurkaan Allah..Tapi Allah tetap sayangkan hamba-Nya, masih memberi peluang pada mereka untuk bertaubat." Bila difikirkan, betul apa yang dikatakannya. Kita selalu lupakan Allah, apatah lagi bila bercouple..I love u, I miss u..asyik keluar berdating hari-hari. Tapi pernah tak kita tunjukkan cinta kita pada-Nya? Kita selalu tinggalkan Dia, tapi Dia tak pernah meninggalkan kita. Itulah tandanya Dia amat menyayangi kita. Dia yang ana maksudkan disini adalah Allah SWT.. Ana bukanlah seorang muslimah yang baik peribadinya. Tapi ana belajar dari kesilapan yang lalu. Banyak pengorbanan yang kita kena lakukan untuk mencapai kesempurnaan peribadi yang sejati. Apa yang lebih memeritkan bila kita terpaksa korbankan perasaan sayang yang sudah lama tersimpan dalam hati. Tapi setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bukankah Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik pada kita. Saban waktu Dia ada bersama kita untuk mendengar setiap suka dan duka kita. Jadi, tinggalkanlah jiwa kita yang lalu dan lakarlah corak hati kita yang baru. Hati manusia umpama sehelai sutera putih. Kalau baik maka putihlah ia sentiasa. Tapi kalau hati kita sentiasa inginkan keseronakkan dunia maka berubahlah warnanya. Sama-samalah kita memperbaiki diri ke arah peribadi yang mulia. Jihad ini amat besar maknanya apatah lagi dituntut dalam Islam yakni jihad binafsi.
Sunday, November 22, 2009
AL-QURAN SEBAGAI SAHABAT DALAM KEGELISAHAN
Al-Quran adalah kitab yang mulia, sebagai rahmat bagi alam semesta dan sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia. Hal ini terbukti sebagaimana firman Allah SWT:
“ Inilah kitab yang Kami turunkan kepada engkau, supaya engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang, dengan izin Tuhan mereka menunjukkan kepada jalan Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Terpuji. ”
(surah Ibrahim:1)
Di dalam Al-Quran telah dihimpunkan dasar-dasar kebaikan dan petunjuk untuk membangunkan kehidupan serta meletakkan asas ketenteraman di muka bumi ini:
“ Sesungguhnya Al-Quran ini memimpin kepada yang lebih benar.”
(Al-Isra’: 9)
Bagi seorang yang beriman, ia akan mengetahui bahawa Al-Quran mempunyai tugas kemanusiaan, baik untuk diri manusia secara peribadi mahupun untuk masyarakat umum, iaitu dengan mengarahkan manusia dengan cara yang sempurna. Disamping itu juga, Al-Quran adalah ubat yang hakiki bagi penyakit kegelidahan manusia. Al-Quran adalah jawapan yang benar bagi tuntutan manusia yang hakiki. Manusia tidak akan mengetahui hakikat kemanusiaanya dan tidak akan mengetahui jalan hidup yang lurus, kecuali dengan petunjuk Al-Quran:
“ Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu apa yang menjadi ubat dan rahmat untuk orang-orang yang beriman, dan tidaklah menambah bagi orang-orang yang zalim kecuali kerugian. ” (al-Isra: 82)
Al-Quran juga adalah merupakan undang-undang hukum Allah, yang menjelaskan tentang akidah seorang muslim, yang menegaskan tentang syariat Allah, serta mengarahkan manusia kepada peradapan yang tinggi. Justeru itu, membaca Al-Quran dan mengetahui akan maknanya adalah suatu kewajipan bagi setiap orang Islam, dengan jumlah yang tidak terbatas setiap selesai mengerjakan solat, sehingga seseorang itu tidak terputus hubungannya dengan sumber yang memberikan hidayah, serta tidak jauh dari sumber keimanan.
Rasulullah SAW bersabda :
“ Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan menerangkannya, lalu ia menghalalkan yang dihalalkan Al-Quran dan ia mengharamkan yang diharamkan Al-Quran, tentulah Allah akan memasukkan ia ke dalam syurga dan Allah memberi syafaat sebanyak sepuluh orang dari keluarganya, yang sepatutnya mereka itu wajib mendapat siksa neraka.” (HR.Tarmizi)
Orang Islam itu hendaknya wajib mengetahui, bahawa imannya itu tidak akan kuat, rohnya tidak akan tenang, kecuali bila ia mempunyai Al-Quran mahu membacanya dan memahaminya. Pada saat itulah peribadi seorang Muslim akan betul-betul kuat keimanannya, dan akan kelihatanlah budi pekerti yang diajarkan oleh al-Quran itu baik dalam ucapan juga perbuatannya.
Rasulullah SAW bersabda:
“ Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, bagaikan buah limau, harum baunya dan lazat buahnya.” (HR. Al. Khamsah)
Bagi orang yang membaca Al-Quran bukanlah hanya sekadar ibadah yang tidak ada buahnya atau pengaruhnya dalam kehidupan, akan tetapi Al-Quran dapat mengarahkan pembacanya dalam kehidupan, memberi gambaran tentang hakikat alam semesta, dan menerangkan cara berhubungan dengan sesama hamba Allah. Dengan demikian maka seseorang itu tidak akan hidup di atas dunia dengan mata tertutup dari petunjuk Allah, akan tetapi dia tidak mempengaruhi dan memperbaiki alam persekitarannya juga masyarakatnya.
Di sini pulalah bagi orang yang mempelajari Al-Quran itu akan mendapat hasil yang tidak ternilai harganya, sebab Al-Quran adalah ilmu yang mengarahkan kepada amal dan menunjukkan jalan yang paling lurus.
Oleh kerana itu, tidak pantaslah bagi seorang Muslim menjauhkan dirinya dari Al-Quran atau melupakannya. Al-Quran adalah sumber yang menghimpun seluruh hakikat Islam. Jika seorang Muslim memutuskan hubungannya dengan Al-Quran, maka akan keringlah sumber keimanan dalam dirinya dan hilanglah keindahannya.
Rasulullah SAW bersabda:
“ Sesungguhnya orang yang dipangkal lehernya tidak ada bekas bacaan Al-Quran, perumpamaannya adalah seperti sebuah rumah yang runtuh.”
( HR. Tarmizi)
“ Ditunjukkan kepadaku dosa-dosa umatku, maka aku tidak melihat dosa yang lebih besar daripada satu surah Al-Quran dan satu ayat daripadanya yang didatangkan kepada seseorang, kemudian ia melalaikannya."
(HR. Tarmizi& Abu Daud)
Alangkah agungnya Al-Quran dan patutlah bagi kita orang-orang Islam untuk memperhatikannya.
Bagaimanakah cara seorang Muslim membaca kitab Tuhan dengan sebenar-benarnya? Perlu diketahui, bahawa tujuan membaca Al-Quran adalah batin dengan nur Al-Quran dan harus disertai dengan perhatian yang sungguh-sungguh terhadap kandungannya, kerana yang demikian ini adalah merupakan ibadah yang memerlukan hati bersih dan akal yang sihat.
Membaca Al-Quran bukanlah hanya sekadar memperbanyakkan bacaan, tetapi hendaklah mengerti dan merenungkan terhadap sumber-sumber hidayah dari ayat-ayat tersebut. Justeru itu hendaklah di baca dengan hati yang khusyuk serta perhatian yang mendalam, sehingga seseorang itu dapat mengetahui betapa agungnya Al-Quran itu. Firman Allah:
“ Kalau Al-Quran Kami turunkan kepada sebuah gunung, sudah tentu engkau akan melihat gunung itu tunduk dan terpecah belah kerana takutnya kepada Allah. Itulah perumpamaan yang Kami buat untuk manusia, supaya mereka dapat memikirkan.”
(Al-Hasyr : 21)
Seorang Muslim itu tidak akan menjadikan Al-Quran sebagai nyanyian yang tiada erti, akan tetapi harus dapat membersihkanya dari perkara bermain –main. Kerana membacanya secara bermain-main adalah dosa besar, yang dapat merendahkan keagungan Al-Quran dan akan dapat menghalang nur Al-Quran untuk masuk ke dalam hati sanubari seseorang. Jika hati tidak dapat mengambil petunjuk dan hidayah dari Al-Quran, maka membacanya tidak akan mendapat manfaat yang besar.
Rasulullah SAW bersabda:
“ Bacalah Al-Quran supaya hatimu terpadu dengannya dan jika hatimu terpadu dengannya maka berdirilah daripadanya.” (HR. Bukhari & Muslim)
Bagi orang-orang yang beriman, mendengar bacaan al-Quran dapat menggetarkan hatinya serta bercucuran airmatanya sebagai bukti dalam hadis Rasuullah SAW:
“ Dari Abdullah r.a berkata, “Rasulullah SAW bersabda kepadaku, :Bacakanlah kepadaku,” aku berkata, “ Aku bacakan kepadamu dan kepadamu diturunkannya, hai Rasulullah?” Beliau bersabda, “ aku ingin mendengarkan dari orang lain.” Abdullah berkata: “Aku membacakan surah an-Nisa’ sampai ayat: “Bagaimanakah ketika kami datangkan kepada tiap umat seorang saksi dan engkau Kami jadikan saksi atas umat ini?” Beliau bersabda , “ Cukuplah”, maka aku melihat kedua matanya bercucuran air mata.”
(HR. Bukhari & Muslim)
Dari itu wahai wanita, janganlah biarkan masamu berlalu, sementara bacaan Al-Quran tidak pernah keluar dari bibirmu. Hiasilah rumahmu dengan bacaan Al-Quran sebab rumah yang tidak pernah didendangkan bacaan Al-Quran diumpamakan oleh Rasulullah seperti kuburan.
Friday, November 20, 2009
:::Salahuddin Al - Ayyubi : Pahlawan Teragung Islam:::
Posted by Basyirun Mubin
Salam...(^_^) Pernah tengok tak cerita Saladin ? Cerita animasi
Kenal tak siapa Saladin tu ? Saladin dilahirkan pada 1138 di kalangan famili bangsawan Kurdish, Iraq dan dikatakan pada malam kelahirannya, bapanya Najm ad-Din Ayub mengumpulkan seluruh keluarganya untuk berpindah ke Aleppo, Syria.Di sana, bapanya berkhidmat dengan gabenor Turki yang berpengaruh, Imad ad-Din Zangi ibn Aq Sonqur.Membesar di Ballbek,Damascus.Saladin merupakan seorang remaja yang tidak begitu popular serta minatnya lebih cenderung kepada keagamaan berbanding ketenteraan.. Saladin digambarkan sebagai seorang remaja yang mulia akhlaknya serta beliau juga dikatakan berperwatakan lemah lembut. Karier rasmi yang pertama beliau adalah menyertai pasukan tentera di bawah bapa saudaranya seorang komander tentera, Asad ad-Din Sirkuh semasa pemerintah
Dalam ekspedisi ketenteraan terakhir bersama-sama bapa saudaranya, Saladin berjaya sampai ke dinding
Ketika itu Saladin berjaya menakluk
Hubungan beliau dengan King Richard 1 dari
Rekaan beliau yang paling terkenal adalah
MUTIARA KATA
Ibnu Mas'ud r.a berkata: "Telah dilaknat (dikutuk) dalam meminum arak itu sepuluh orang. Yang memeras dan yang meminta diperaskan dan yang minum dan yang memberi minum, dan yang membawa dan yang dibawakan dan pedagang (penjual) dan dagangannya, dan penjual dan pembelinya . dan penanamnya.."
Jangan Mengatakan "Andaikan"..
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang yang lebih kuat imannya, lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari seorang mukmin yang lemah. Dan pada masing-masing ada kebaikan sendiri-sendiri. Rajin-rajinlah mengerjakan apa-apa yang berguna dunia dan akhirat,dan selalu minta bantuan kepada Allah, dan jangan lemah. Kemudian jika kau terkena sesuatu, jangan sekali-kali mengatakan: Andaikan saya berbuat begini nescaya terjadi begini. Sebaiknya kau harus berkata: Telah ditakdirkan Allah, dan Allah berbuat sekehendakNya. Kerana kalimat "Andaikan"hanya memberi jalan bagi laluan syaitan." (HR. Muslim)
Kepastian Masuk Syurga
Jabir r.a berkata: Seorang Badwi datang kepada Rasullullah s.a.w dan bertanya : Apakah yang dapat memastikan orang masuk syurga atau neraka itu? Jawab Nabi s.a.w : Siapa yang mati, tidak menyukutukan Allah dengan sesuatu apapun pasti akan masuk syurga. Dan siapa yang mati, menyekutukan Allah dengan sesuatu pasti akan masuk neraka." (HR. Muslim)
Kelebihan Berselawat Kepada Nabi s.a.w.
Ubai bin Kaab r.a berkata, adalah Rasulullah s.a.w. jika sudah berlalu sepertiga malam Baginda bangun dan bersabda: Hai sekalian manusia ingatlah kepada Allah, telah tiba yang menggetarkan hati, diikuti oleh berikutnya. Telah datang 'almaut' dengan segala risikonya, telah datang 'almaut' dengan segala kesukarannya. Saya bertanya: Ya Rasullullah, saya sering membaca selawat padamu, maka berapa banyak masa daripada waktu yang harus saya pergunakan untuk membaca selawat? Jawab Nabi s.a.w.: Sesuka hatimu. Saya berkata : Seperempat. Bersabda Nabi s.a.w. : Sesukamu dan kalau kau menambah lebih baik untukmu. Saya berkata: Separuh dari masa. Bersabda Nabi s.a.w Sesukamu dan jika kau menambah lebih baik untukmu. Saya berkata: Kalau demikian saya pergunakan semua waktuku untuk membaca selawat padamu. Bersabda Nabi s.a.w.: Kalau demikian keadaanmu akan dihindarkan segala kerisauan hatimu dan diampunkan dosamu. (HR. At-Termizi)