JellyPages.com

Tuesday, November 24, 2009

AIDILADHA..ERTI SEBUAH PENGORBANAN.

Setiap tahun umat Islam menyambut hari raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban. Sambutan ini diadakan bagi memperingati sejarah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Kisah ini ada disebut di dalam al-Quran di mana Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s. Atas perintah tersebut Nabi Ibrahim akur untuk mengorbankan anaknya demi ketaatan kepada Allah SWT. Namun kemudiannya Allah SWT telah menukarkan Nabi Ismail dengan seekor kibas. Oleh kerana itu, pada setiap 10 Zulhijjah kita diwajibkan untuk berkorban bagi memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s.
Em, apa pula erti pengorbanan pada kita? Sebenarnya 'pengorbanan' itu luas maksudnya. Banyak benda yang kita boleh korbankan ke jalan Allah. Tidak semestinya dalam bentuk harta dan wang ringgit. Dari segi masa juga kita boleh korbankan untuk mengingati Allah. Setiap saat yang kita ada amat bernilai lebih-lebih lagi kalau di guna unuk beribadah.
Pengorbanan ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak amat tinggi nilainya. Sejak dari lahir hingga mereka dewasa terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan olek ibu bapa kita yang tidak dapat diukur dengan wang ringgit. Seorang ibu sanggup bertarung dengan maut saat melahirkn anak yang tercinta. Seorang ayah sanggup meredah kesusahan demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Tapi apa pula pengorbanan anak-anak untuk ibu bapanya? Sewaktu kecilnya ditatang bagai minyak yang penuh. Dibelai dengan penuh kasih sayang. Tapi bila anak sudah dewasa ibu bapa dijadikan hamba. Ada yang sanggup menghantar ke rumah orang tua dengan alasan tiada masa untuk menjaga mereka. Bukan itu sahaja, ada juga yang sanggup menganiaya malah membunuh demi kepentingan masing-masing. Itukah pengobanan kita untuk mereka? Tragis sekali dengan isu semasa yang berlaku kini. Buat anak-anak di luar sana...hargailah ibu bapa anda sebelum mereka pergi meningglkan kita buat selamanya.
Molek benar rasanya kita melakukan pengorbanan rohaniah bersempena dengan Aidiladha yang bakal tiba nanti. Tukarkan jiwa mazmumah kita dengan sikap mahmudah. Isilah sukma kita dengan madu kemanisan hidup pada Yang Esa. Cerita tentang pegorbanan mengingatkan ana pada kisah-kisah umat terdahulu. Sanggup berkorban harta dan nyawa demi mempertahankan agama Islam. Suci dan luhurnya hati mereka jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan jiwa kita.
Sebagai remaja kita tidak dapat lari dari perasaan berkasih sayang. Apa yang ana nak katakan disini adalah sanggupkah kita mengorbankan perasaan cinta dan sayang pada yang bukan haknya? Ramai remaja pada hari ini yang leka dengan perasaan sendiri sehinggakan tidak dapat menilai samada ianya cinta hakiki atau sia-sia. Ini turut mengingatkan diri ana sendiri. Sebagai manusia kita memang sudah dilahirkan dengan fitrah dikurniakan perasaan. Tapi mampu ke kita kawal perasaan tersebut. Cinta yang hakiki hanya pada Rabb dan rasulnya. Cinta yang suci adalah pada kalam Allah iaitu Al-Quran. Cinta sesama manusia pula lebih berhak diberi pada ibu bapa. Dan cinta yang terakhir pada alam iaitu makhluk ciptaan Tuhan selain manusia. Tapi sedarkah kita pada siapa cinta itu kita berikan... Kalau kita benar-benar mengikut apa yang Islam gariskan, tentunya kita akan mendapat cinta hakiki yang kita cari. Namun itulah yang sukar untuk kita praktiskan. Berkata memang mudah tidak seberat yang mengalami. Bukan senang untuk seseorang yang terjebak dengan cinta buta untuk mengorbankan perasaannya. Tapi jika seseorang itu benar-benar mahu berubah tidak mustahil untuknya. Ana teringat kata-kata seorang sahabat ana, "Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya tapi adakah mereka juga menyayangi Allah? Kalau dah sepenuh jiwa dan raga diberi pada pakwe mana nak letak cinta pada Allah. Bila ditimpa musibah mengeluh kata Allah tak sayangkan dia, tapi bagaimana pula maksiat yang dia buat? Lagi mendapat kemurkaan Allah..Tapi Allah tetap sayangkan hamba-Nya, masih memberi peluang pada mereka untuk bertaubat." Bila difikirkan, betul apa yang dikatakannya. Kita selalu lupakan Allah, apatah lagi bila bercouple..I love u, I miss u..asyik keluar berdating hari-hari. Tapi pernah tak kita tunjukkan cinta kita pada-Nya? Kita selalu tinggalkan Dia, tapi Dia tak pernah meninggalkan kita. Itulah tandanya Dia amat menyayangi kita. Dia yang ana maksudkan disini adalah Allah SWT.. Ana bukanlah seorang muslimah yang baik peribadinya. Tapi ana belajar dari kesilapan yang lalu. Banyak pengorbanan yang kita kena lakukan untuk mencapai kesempurnaan peribadi yang sejati. Apa yang lebih memeritkan bila kita terpaksa korbankan perasaan sayang yang sudah lama tersimpan dalam hati. Tapi setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bukankah Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik pada kita. Saban waktu Dia ada bersama kita untuk mendengar setiap suka dan duka kita. Jadi, tinggalkanlah jiwa kita yang lalu dan lakarlah corak hati kita yang baru. Hati manusia umpama sehelai sutera putih. Kalau baik maka putihlah ia sentiasa. Tapi kalau hati kita sentiasa inginkan keseronakkan dunia maka berubahlah warnanya. Sama-samalah kita memperbaiki diri ke arah peribadi yang mulia. Jihad ini amat besar maknanya apatah lagi dituntut dalam Islam yakni jihad binafsi.

No comments:

Post a Comment