JellyPages.com

Friday, November 20, 2009

:::Salahuddin Al - Ayyubi : Pahlawan Teragung Islam:::

Posted by Basyirun Mubin

Salam...(^_^) Pernah tengok tak cerita Saladin ? Cerita animasi Malaysia yang berjaya memikat hati para juri di negara matahari terbenam tu..

Kenal tak siapa Saladin tu ?
Saladin dilahirkan pada 1138 di kalangan famili bangsawan Kurdish, Iraq dan dikatakan pada malam kelahirannya, bapanya Najm ad-Din Ayub mengumpulkan seluruh keluarganya untuk berpindah ke Aleppo, Syria.Di sana, bapanya berkhidmat dengan gabenor Turki yang berpengaruh, Imad ad-Din Zangi ibn Aq Sonqur.Membesar di Ballbek,Damascus.Saladin merupakan seorang remaja yang tidak begitu popular serta minatnya lebih cenderung kepada keagamaan berbanding ketenteraan.. Saladin digambarkan sebagai seorang remaja yang mulia akhlaknya serta beliau juga dikatakan berperwatakan lemah lembut. Karier rasmi yang pertama beliau adalah menyertai pasukan tentera di bawah bapa saudaranya seorang komander tentera, Asad ad-Din Sirkuh semasa pemerintah Damascus serta Aleppo iaitu Nur al-Din. Nur al-Din mengambil alih takhta ayahnya Zengi yang mangkat setelah terlibat dalam pertempuran Perang Salib antara kerajaan Jurussalem bagi menakluki Mesir.

Dalam ekspedisi ketenteraan terakhir bersama-sama bapa saudaranya, Saladin berjaya sampai ke dinding kota Kaherah, Mesir pada 2 Januari 1169. Pada 18 Januari, kehebatan tentera pimpinan Shirkuh dan Saladin menemui kemenangan sehingga bapa saudaranya dilantik sebagai Wazir sebelum meninggal dunia pada 23 Mac 1171.. Tidak lama selepas itu, Saladin dilantik sebagai Wazir kepada kerajaan Khalifah Fatimid yang terakhir degan gelaran al-Malik al-Nasir.Saladin atau nama sebenarnya Salah al-Din Yusuf ibn Ayyub memegang tampuk pemerintahan Mesir selepas kemangkatan Nur al-Din pd 15 Mei 1174.

Ketika itu Saladin berjaya menakluk Damascus serta bandar Syria yang lain lantas menjadikan Mesir sebagai tempat beroperasi. Saladin menuntut pemerintahan daripada kejatuhan kerajaan Fatimid yang telah lama memerintah Mesir. Saladin sama seperti Amr ibn Elias merupakan seorang tokoh yang mempunyai rekod yang amat baik serta sukar untuk dicari walau sekelumit kesilapannya. Malahan terdapat penganut Kristian yang mengaguminya sehingga terdapat mitos masyarakat Arab mengenai mengapa masyarakat Eropah tertarik kepadanya.Saladin dikagumi kerana sikapnya yg lemah lembut serta sopan santun terhadap sesiapa sahaja. Ada yang mengatakan terdapat kesatria yang mencontohi sifat lemah lembut dan sopan santun dari Saladin. Misalnya, semasa Perang Salib di Jurussalem pd 1009, kesatria membunuh seluruh penghuni kota sehingga seluruh Jurussalem bermandian darah. Apabila Saladin mengambil alih kota berkenaan pada 1187, beliau memberikan satu jangka masa kepada penduduk kota utuk berpindah serta menyelamatkan diri.Biarpun Saladin memusuhi kekuasaan pemerintahan Kristian, beliau diiktiraf sebagai pahlawan kesatria dlm puisi mengenai penjajahannya.

Hubungan beliau dengan King Richard 1 dari England yang berjaya ditumpaskan beliau pada 1191 amat baik walaupun berlainan kefahaman. Saladin menunjukkan sikapnya yang mulia dengan memberikan pertolongan peribadi semasa King Richard tercedera. Mengambil sunnah Nabi Muhammad s.a.w, Saladin amat menitik berat mengenai perniagaan dan perdagangan. Mengubah segala konsep kota Kaherah selepas pemerintahan Fatimid, Saladin mahukan pertahanan kota yang kukuh tetapi dalam masa yang sama memberikan kebebasan budaya serta berdagang dengan tiada keistimewaan bagi golongan tertentu.Walaupun memulakan karier di Mesir di bawah kerajaan Fatimid, beliau mendidik semula Mesir dalam mengamalkan kaedah sunni dan tidak menggunakan mata pedang ( hanyalah digunakan dalam keadaan terdesak sahaja ! )

Rekaan beliau yang paling terkenal adalah kota kubu Citadel yang masih boleh dilihat hingga ke hari ini. Sementara sumbangan beliau dalam seni bina masjid di mana pembelajaran agama dilakukan di sana.Saladin membawa masuk tenaga pengajar dari Timur bagi menguruskan sekolah barunya dan dalam masa 11 tahun, beliau membina 5 buah kolej serta masjid. Kolej berkenaan bukan hanya tertumpu kepada pelajaran agama tetapi juga pentadbiran, matematik, fizik dan perubatan.Pada 1182, Saladin meninggalkan Kaherah bagi Perang Salib di Syria buat kali terakhir sehingga beliau meninggal dunia di Damascus pd 1193...

No comments:

Post a Comment